Page 17 - Dbahasa42020
P. 17

LINGUISTIK

Allah SWT juga                                              PELUANG
mengajarkan manusia                                        PENULISAN
membaca dan menulis.
Malah, Allah SWT                                           Anda kaya dengan idea?
memiliki segala ilmu
dan memberikan akal                                         Mulakan menggilap bakat anda
kepada manusia untuk                                        dalam bidang penulisan di Dewan
berfikir, menghayati                                        Bahasa dan Pustaka. Bermula
dan mempelajari semua                                       dengan Aku di Sebuah Pulau dan
perkara yang terdapat                                       Cerita-cerita Lain (1957), Dewan
di bumi.                                                    Bahasa dan Pustaka terus mengorak
                                                            langkah menerbitkan beribu-ribu
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang                judul buku dalam pelbagai bidang
                                                            dan peringkat pembaca. Dalam
Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada         usaha menerbitkan buku umum,
                                                            dewasa dan pengajian tinggi,
segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha            Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa
                                                            dan Pustaka mempelawa para
Pemurah yang mengajar (manusia) dengan perantaraan          penulis untuk menyumbang karya
                                                            dalam bidang:
kalam. Dia mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak
                                                            • Sains Sosial dan Kemasyarakatan.
diketahuinya”).                                             • Sains dan Teknologi.
                                                            • Agama, Falsafah dan
			              (Surah al-‘Alaq 96: 1–5)
                                                             Tamadun Islam.
	 Menurut Ibnu Faris, segala yang kita peroleh bukannya
dimiliki dengan segera, melainkan dengan kehendak           Kemukakan pertanyaan atau
dan izin Allah SWT. Ayat tersebut menjelaskan bahawa        cadangan penulisan kepada:
Allah SWT yang mengajarkan manusia daripada tidak           Pengarah Jabatan Penerbitan,
mengetahui apa-apa hingga mengetahui segalanya.             Dewan Bahasa dan Pustaka,
	 Allah SWT juga mengajarkan manusia membaca                Peti Surat 10803,
dan menulis. Malah, Allah SWT memiliki segala ilmu          50926 Kuala Lumpur.
dan memberikan akal kepada manusia untuk berfikir,
menghayati dan mempelajari semua perkara yang terdapat      Panduan Penyediaan Kertas
di bumi. Adapun ilmu yang dipelajari manusia hanya          Cadangan Judul boleh didapati
sebahagian sahaja daripada ilmu-ilmu Allah SWT. Maka,       melalui:
manusia tidak harus sombong dan bangga dengan ilmu          http://www.dbp.gov.my
yang dimilikinya. Sebaliknya, manusia harus terus belajar
dan berusaha mengembangkan ilmu yang diperoleh
kepada orang lain.
	 Kesimpulannya, ternyata Ibnu Faris banyak
memberikan sumbangan yang besar dalam bidang
keilmuan, terutama dalam bidang ilmu linguistik Arab.
Ideologi beliau turut memberikan sumbangan yang besar
kepada para ahli bahasa Arab pada hari ini. DB

							                                                    		  BIL. 4 2020 15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22