Page 18 - Dbahasa42020
P. 18

BAHASA DAN SASTERA                   Selepas negara mencapai
                                          kemerdekaan, sistem
       Oleh WAN NORASIKIN WAN ISMAIL       sukatan dan ukuran
                                        tradisional sedikit demi
 Kosa Kata
                                      sedikit ditukarkan kepada
Metrologi Melayu                      sistem sukatan Barat. Pada
                                      tahun 1971, sistem sukatan

                                          dan timbangan (Akta
                                         40) diperkenalkan bagi
                                        mengawal selia timbang
                                       serta sukat dan peralatan

                                             yang digunakan.

M etrologi atau juga dikenali sebagai sains
                   sukatan ialah ilmu berkaitan dengan
                   sukatan, ukuran atau takaran. Ilmu ini
                   berkaitan dengan aktiviti
ketetapan dalam pengukuran atau sukatan
dan timbangan. Kata “metrologi” berasal
daripada perkataan Greek Purba, iaitu
metrom (ukuran) dan logos (perkataan,
ilmu, tulisan).
	 Ilmu metrologi sebenarnya telah lama
bertapak dalam kehidupan orang Melayu.
Orang Melayu dahulu mempunyai sistem
ukuran seperti jarak, panjang, lebar, saiz,
sukatan masa, amaun, berat, dan isipadu
yang tersendiri. Sesungguhnya ilmu ini
telah membawa pengaruh yang besar dalam
kehidupan manusia.
	 Selepas negara mencapai kemerdekaan,
sistem sukatan dan ukuran tradisional sedikit
demi sedikit ditukarkan kepada sistem sukatan Barat.
Pada tahun 1971, sistem sukatan dan timbangan
(Akta 40) diperkenalkan bagi mengawal selia
timbang serta sukat dan peralatan yang digunakan.
Kemudian, Akta timbang sukat 1972 (Akta 71)
diperkenalkan bagi menggantikan Akta 40 (1971).
Lama-kelamaan, pada hari ini kita menerima
sepenuhnya sistem matriks yang diperkenalkan
oleh Barat.

16 			 BIL. 4 2020
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23