Page 21 - Dbahasa42020
P. 21

BAHASA DAN SASTERA

   	 Mengikut pengiraan standard pada masa ini, emas 24K      menunjukkan bahawa pengaruh bahasa Arab meresap
   ialah emas yang paling tulen dengan kadar ketulenannya     masuk ke dalam kosa kata bahasa Melayu melalui aktiviti
   ialah 99.99 peratus. Hal ini bermakna logam emas yang      perdagangan. Sebagai contohnya, istilah rial, miskal,
   digunakan benar-benar tulen tanpa ada campuran logam       tengkam, dan kentar.
   lain. Semakin tinggi nombor karat maka semakin tinggi      	 Miskal ialah ukuran sukatan bagi emas dan perak,
   peratus emas dalamnya.                                     iaitu 4.25 gram. Miskal biasanya digunakan dalam urusan
   	 Masyarakat Melayu juga menggunakan busak, iaitu          pembayaran zakat yang berkaitan dengan emas dan
   sejenis alat untuk mengukur timbangan emas. Ukuran bagi    perak. Sebagai contohnya, nisabnya ialah 20 miskal atau
   satu busak bersamaan dengan 0.337 gram dan lima busak      bersamaan dengan 25 mayam dan 2.7108 saga.
   ialah ½ mayam atau 1.69 gram. Dalam undang-undang          	 Kadar nisab zakat emas di negeri Kelantan adalah
   adat Minangkabau, orang yang mencuri akan dikenakan        berdasarkan harga pasaran semasa emas dengan
   hukuman denda dengan membayar kadar sukatan emas           berpandukan nisab asalnya, iaitu 20 miskal yang
   sebagai denda. Hal ini bergantung pada barang yang         bersamaan dengan 31.25 rial berat atau 85 gram emas.
   dicuri. Sebagai contohnya, orang yang mencuri haiwan       Kentar juga merupakan kosa kata daripada bahasa Arab
   ternak seperti lembu dan kambing akan dikenakan denda      yang merujuk ukuran berat untuk menimbang emas.
   sebanyak empat busak seorang.                              	 Berdasarkan sukatan dan alat timbangan emas
   	 Kadar denda yang dikenakan kepada mereka yang            yang digunakan pada zaman dahulu, ternyata emas
   mencuri menggunakan timbangan emas adalah sebagai          memainkan peranan yang penting bagi masyarakat Melayu.
   pengajaran. Hukuman berupa emas sebagai ganti rugi         Sistem sukatan dan timbangan emas yang ditemui jelas
   kepada pihak yang dicuri adalah untuk memberikan           menggambarkan bahawa masyarakat Melayu pada suatu
   pengajaran kepada pencuri supaya tidak melakukan           masa dahulu telah mempunyai tamadun tersendiri. Namun
   kejahatan. Hal ini demikian kerana denda yang dikenakan    begitu, kebanyakan kosa kata yang berkaitan dengan
   mahal kerana dinilai dengan emas sebagai ganti barang      sukatan dan timbangan ini sudah tidak digunakan lagi.
   yang dicuri.                                               	 Kebanyakan generasi pada hari ini tidak mengetahui
   	 Selain itu, terdapat beberapa istilah Arab dalam sistem  bahawa orang Melayu pada suatu masa dahulu pernah
   sukatan dan timbangan emas masyarakat Melayu. Hal ini      mempunyai sistem sukatan dan timbangan yang unik
                                                              dan tersendiri. Mereka menganggap orang Melayu tidak
							                                                       pernah mempunyai unit sukatan hinggalah diperkenalkan
                                                              oleh penjajah. DB

                                                              		  BIL. 4 2020 19
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26