Page 23 - Dbahasa42020
P. 23

ISTILAH SEMASA

BIL. ISTILAH      ISTILAH           BIDANG                        HURAIAN
          SUMBER  SASARAN

1.  social glue   kelekatan sosial  Sosial/Umum  Aktiviti atau interaksi yang dapat menguatkan hubungan
                                                 antara masyarakat.

2. e-food         e-saji            Penyediaan Penempahan makanan dan minuman secara dalam talian
                                     Makanan melalui aplikasi tertentu.

                                                 Individu atau kumpulan seperti media, ahli politik,

                                                 pempengaruh media sosial atau penguat kuasa undang-undang

                                                 yang melabelkan tingkah laku seseorang sebagai antisosial

3.      moral     penjaja moral     Kriminologi  atau melencong untuk mempengaruhi masyarakat. Mereka
    enterpreneur                                 juga berusaha untuk menyebarkan atau mempopularkan

                                                 label ini dalam kalangan masyarakat. Contohnya, perbuatan

                                                 merempit yang dilabelkan oleh polis sebagai tingkah laku

                                                 antisosial dalam masyarakat.

4.  solopreneur usahawan solo       Perniagaan   Individu yang menjalankan perniagaan secara bersendirian
                                                 tanpa memerlukan pejabat atau rakan kongsi.

5. tsundoku       tsundoku                             Keinginan untuk membaca buku, tetapi tidak membacanya.
                                    Sosial/Umum Tsundoku ialah gabungan perkataan daripada bahasa Jepun,

                                                       iaitu ‘tsun’ dan ‘doku’.

6.  wildfire      kebakaran liar    Umum         Kejadian kebakaran yang tidak terkawal yang berlaku di
                                                 dalam hutan atau belukar.

7. pupil athlete atlet murid        Pendidikan   Individu yang terlibat dalam acara sukan yang dikendalikan
                                                 oleh institusi pendidikan. Individu tersebut boleh berperanan
                                                 sebagai murid/pelajar atau atlet pada masa yang sama.

8. student athlete atlet pelajar Pendidikan Lihat pupil athlete.

9. concealer      sahap noda        Kosmetik     Bahan kosmetik yang digunakan untuk menutup liang halus,
10. sequel                                       bintik hitam dan sebagainya pada bahagian muka.

                  susulan                             Sambungan cerita daripada sesebuah buku atau filem yang telah
                                    Komunikasi diterbitkan sebelumnya. Lazimnya, cerita ini menggunakan watak

                                                      yang sama.

							                                                           		           BIL. 4 2020 21
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28