Page 25 - Dbahasa42020
P. 25

Dia semakin bingung. Dia harus berkongsi                                                              CERPEN
                dengan seseorang tentang gema suara yang
                semakin merasuk mindanya atau paling tidak    Perihal itulah yang menyebabkan
                meluahkannya kepada orang lain. Yang paling       dia semakin tertarik untuk
hampir, suaminya.
	 Dia sebenarnya tidaklah mengharap akan sokongan               belajar bertutur dalam bahasa
sesiapa dan untuk mengharapkan sokongan itu sebenarnya        Melayu dengan lebih baik, malah
amat tipis. Akan tetapi, setidak-tidaknya dia harus
menyampaikan hasrat di hati. Dini itu, dia seolah-olah           dia turut merasakan dengan
memperoleh kekuatan yang jitu. Barangkali kerana gema            melakukan penambahbaikan
suara itu kian menggetarkan hatinya. Namun, dini hari itu
disusuli dengan awan gelap hitam yang membawa hujan,                 dalam pertuturannya,
sekali gus membasahi hati tuanya.                                 kelak dapat membantunya
	 “Kamu sakit ya? Atau kamu sudah buang tabiat?”                  meningkatkan hasil jualan.
	 Begitulah pertanyaan suaminya saat dia selesaikan
meluahkan gema suara yang sedang mengganggunya               seorang guru sekolah di kampung mereka. Kata temannya
kini.                                                        lagi, dia juga belajar daripada guru itu. Tidak dikenakan
	 “Saya tidak sakit. Saya mahu belajar sahaja, abang.”       sebarang bayaran dengan syarat tidak ponteng kelas.
Begitu katanya dengan lembut, tetapi ada getar juga di       Malahan, kelasnya pula tidak saban hari. Hanya dua kali
hujungnya.                                                   dalam satu minggu, iaitu pada pagi Sabtu dan Ahad.
	 “Sudah tua-tua mahu belajar bahasa Melayu? Apa             	 Dia tidak pula perlu membawa apa-apa ketika hadir ke
masalahnya dengan kamu selama ini? Saya lihat baik-baik      kelas, hanya perlu datang membawa diri dan persediaan
sahaja kamu berbahasa Melayu?” kata suaminya lagi.           minda. Segala alat tulis dan keperluan lain disediakan
	 “Tidak ada apa-apa masalah, abang. Cuma saya               oleh guru tersebut. Kelasnya juga tidak lama hanya satu
masih kurang pandai. Orang kata kurang fasih. Bahasa         jam sahaja. Sesi pembelajaran juga santai, malah penuh
Melayunya masih bercampur-campur. Banyak bahasa              dengan gelak ketawa sesama mereka.
Iban daripada bahasa Melayu. Jadi, tidak salah kalau         	 Perihal itulah yang menyebabkan dia semakin tertarik
saya mahu belajar bukan? Untuk kebaikan juga.” Dia           untuk belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan
berusaha meyakinkan hasrat dan keinginan hatinya.            lebih baik, malah dia turut merasakan dengan melakukan
	 Sejak rombongan pelancong dari tanah Semenanjung           penambahbaikan dalam pertuturannya, kelak dapat
berkunjung ke pasar tamu di daerah Sri Aman tempoh hari,     membantunya meningkatkan hasil jualan.
gema suara itu selalu benar menghantuinya. Adakalanya        	 Perkara yang paling penting ialah salah faham
hingga mengganggu lenanya.                                   antaranya dengan pembeli tidak akan timbul lagi. Perkara
	 Hal ini terjadi kerana dia tidak dapat memahami dan        itulah yang sangat diinginkannya kerana dia tidak mahu
bertutur dengan baik ketika melayan pelanggannya.            berbalah dengan sesiapa hanya kerana tidak memahami
Akhirnya, berlaku salah faham antara mereka, tetapi          bahasa Melayu dan tidak pandai menuturkannya menjadi
tidaklah sampai menimbulkan sengketa.                        masalah dalam urusan jual beli.
	 Mujur seorang teman yang juga penjual hasil tani
sepertinya membantu. Akhirnya, proses jual dan beli
berjalan lancar. Temannya itu, nampaknya lebih baik
pemahaman dan fasih pula bertutur dalam bahasa Melayu
berbanding dengan dirinya.
	 Sejak peristiwa itu, keinginannya untuk memahami
dan bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik
sering menghantui. Saban hari gema suara dari dalam
dirinya mengganggunya siang dan malam.
	 Sudah dia tanyakan kepada temannya itu, “Apakah
dia punya kesudian untuk mengajarinya bertutur dalam
bahasa Melayu?” Namun, ternyata temannya itu tidak
berani membentangkan kesanggupan. Hal ini demikian
kerana katanya dia juga masih belajar.
	 Akan tetapi, temannya itu mencadangkannya
menghadiri kelas Bahasa Melayu secara percuma anjuran

							                                                      		  BIL. 4 2020 23
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30