Page 52 - Dewan Bahasa Disember 2019
P. 52
Bahasa dan MEDIA
sebagai pengganti perkataan) dipaparkan dalam
Jadual 6.
Jadual 6 Bentuk morfem yang dijana melalui transformasi
penggantian (manipulasi aksara sebagai pengganti
perkataan).
Bentuk Bentuk Transformasi Strategi
singkat asal Penggantian Manipulasi simbol.
morfem
X Tidak/ “tidakâ€/â€bukanâ€
bukan
Y Ya/betul Penggantian Manipulasi simbol.
morfem “yaâ€
U Anda/ Penggantian Manipulasi homofon.
kamu morfem “andaâ€
2 Untuk/ Penggantian Manipulasi homofon.
bagi morfem “untukâ€
& Dan Penggantian Manipulasi simbol.
morfem “danâ€
Transformasi penggantian morfem biasanya
dilakukan dengan menggunakan strategi
manipulasi simbol lazim dan juga manipulasi
homofon aksara yang dimanipulasikan dengan
morfem yang digantikan. Morfem singkat dalam
media sosial juga dijana melalui transformasi
penggantian perkataan asal (bahasa Melayu)
dengan perkataan lain yang lebih ringkas.
Biasanya, dialek daerah/negeri, bahasa
basahan dan perkataan asing (khususnya
Inggeris) yang lebih ringkas daripada morfem
yang digantikan itu akan dimanipulasikan dalam
transformasi ini seperti yang dipaparkan dalam
Jadual 7.
Pengaruh media sosial sebagai medan
penyebaran dan perkongsian ilmu serta
maklumat yang meluas perlu diambil kira dalam
perancangan bahasa pada masa hadapan.
Dalam sejarahnya yang panjang dan gemilang,
bahasa Melayu telah melalui beberapa anjakan
besar dari aspek morfologi dan sintaksisnya.
Daripada bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu
berkembang menjadi bahasa Melayu klasik dan
seterusnya menjadi bahasa Melayu moden.
Dari segi penggunaan jenis aksara juga,
bahasa Melayu telah mengalami perubahan
besar bermula dengan aksara Rencong
kepada Kawi atau Palava (pengaruh Sanskrit),
kemudiannya Jawi (pengaruh Arab/Islam), dan
selepas itu Rumi (pengaruh Inggeris).
Sistem ejaan Jawi dan Rumi juga telah
mengalami perubahan. Barang kali sudah sampai
50 BIL. 12 2019

