Page 59 - Dewan Bahasa 7
P. 59

Santun berbahasa ketika bertutur sering           Terdapat empat prinsip
kali dikaitkan dengan elemen terampil               kesantunan berbahasa
berbahasa. Dalam konteks ini, penggunaan            yang perlu dipatuhi oleh
bahasa yang baik dan sopan ketika bertutur          setiap pengguna bahasa,
akan melambangkan keperibadian seseorang            antaranya termasuklah
penutur di samping berupaya menonjolkan imej        prinsip tersinggung
yang baik mengenai penutur. Bagi pendengar          dan sanjungan, prinsip
pula, mereka akan merasakan diri dihormati dan      perasaan, prinsip
dihargai oleh penutur. Dalam pada itu, santun       tanggapan pertama, dan
berbahasa ketika berkomunikasi juga dapat           prinsip lanjutan.
mengurangkan salah faham antara penutur
dengan pendengar.                                  kata-kata kasar dan kurang sopan dikatakan
	 Dalam proses komunikasi, penutur biasanya        biadab.
begitu berhati-hati apabila menyampaikan           	 Terdapat empat prinsip kesantunan
ujaran kerana tidak mahu menyinggung               berbahasa yang perlu dipatuhi oleh setiap
perasaan pendengar terhadap perkara yang           pengguna bahasa, antaranya termasuklah
dituturkan. Pepatah Melayu sering disebutkan       prinsip tersinggung dan sanjungan, prinsip
“terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata      perasaan, prinsip tanggapan pertama, dan
buruk padahnya”. Oleh itu, segala teguran,         prinsip lanjutan. Namun begitu, sepanjang
pujian, permintaan, dan lain-lain perlu dilakukan  proses komunikasi, adalah sesuatu yang
secara sopan, berhemah, lemah lembut, berkias      mustahil untuk kita menyampaikan tutur kata
dan menggunakan lambang tertentu agar air          dengan penuh kesantunan pada setiap masa,
muka pendengar dapat dijaga dan perasaan           malah besar kemungkinan kita telah menyakiti
pendengar tidak tersinggung.                       perasaan pendengar sama ada secara sengaja
	 Pada hari ini, kesantunan adalah antara          ataupun tidak sengaja. Jika dilihat dari sudut
elemen yang amat ditekankan dalam kehidupan        lain, faktor yang menentukan cara seseorang
bermasyarakat. Hal ini demikian kerana setiap      itu bertutur adalah dengan melihat keadaan
masyarakat ingin membentuk komuniti yang           persekitaran berlangsungnya proses interaksi
harmoni, aman dan damai. Kesantunan menjadi        tersebut.
penghubung interaksi yang sangat penting           	 Dewasa ini, masyarakat dunia saling
dalam komunikasi.                                  menyatakan pandangan dan kritikan terhadap
	 Dalam komunikasi, kesantunan berbahasa           apa-apa perkara yang berlaku di sekeliling
merupakan wahana yang mewujudkan suasana           mereka, malah budaya ini seperti sudah menjadi
dan perhubungan yang mesra dan harmoni.            sebati dalam diri setiap manusia. Ironinya, cara
Kesantunan merujuk penggunaan kata-kata            seseorang itu mengemukakan pandangan atau
yang sesuai dan baik, tidak menimbulkan            kritikan pasti mendapat perhatian pendengar
konflik dan sentiasa menjaga air muka orang        dan masyarakat yang berada di sekelilingnya.
yang dilawan cakap.                                Hal ini demikian kerana kemampuan seseorang
	 Kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi        itu mengemukakan pandangan dan kritikan
merupakan kemahiran individu yang perlu            pada dasarnya menjadi pengukur cara
dibentuk sedari kecil. Peranan ibu bapa dalam      seseorang itu berfikir, atau dalam erti kata
membentuk keterampilan berbahasa dalam             lain, menggambarkan tingkat kecerdasan
kalangan anak-anak akan menentukan cara            minda penutur. Semakin hebat seseorang itu
anak-anak mereka bertutur dengan orang
lain. Hal ini demikian kerana, individu yang
berinteraksi dengan bahasa yang halus dan
sopan dikatakan mempunyai budi bahasa yang
tinggi, sedangkan individu yang menggunakan

							                                            		  BIL. 7 2019 57
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64