Page 28 - Dewan Bahasa 8
P. 28

Wacana Jawi

Perihal

Tawarikh
dan Tarawih

Oleh MUNSYI JAWI  Setiap tahun, Hari Kebangsaan Malaysia akan disambut bagi memperingati
                               sejarah kemerdekaan tanah air daripada belenggu penjajah. Sambutan
                               sebegini membawa generasi kini kembali mengenang kisah silam tentang
                               jerih payah pengorbanan tokoh lampau dalam usaha mempertahankan
                  kedaulatan ibu pertiwi. Oleh hal yang demikian, sejarah yang suatu ketika dahulu
                  dikenali sebagai tawarikh merupakan antara mata pelajaran yang wajib dipelajari.
                  Sedarkah kita bahawa perkataan “tawarikh” merupakan satu daripada perkataan
                  bahasa Melayu yang berasal daripada bahasa Arab? Apakah pula persamaan
                  perkataan ini dengan perkataan “tarawikh”? Bagaimanakah kaedah mengeja
                  perkataan ini dalam tulisan Jawi?
                  	Menurut Kamus Dewan, perkataan “tawarikh” merupakan jamak kepada
                  perkataan “tarikh” yang bermaksud sejarah, riwayat, babad atau tambo. Kamus
                  Pelajar pula mendefinisikan perkataan ini sebagai ilmu tentang peristiwa yang
                  benar-benar berlaku pada masa lampau. Perkataan ini merupakan kata umum
                  yang terdiri daripada tiga suku kata. Dalam tulisan Jawi, perkataan ini tergolong
                  dalam kategori kata umum yang vokalnya dieja seperti dalam bahasa Arab. Oleh
                  itu, perkataan ini perlu dieja bertepatan dengan pola vokal pada setiap suku kata.
                  Pola vokal perkataan ini ialah pendek + panjang + panjang. Meskipun mempunyai

26 			 BIL. 8 2019
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33