Page 12 - DewanBahasa9
P. 12

Bahasa dan Seni Oleh SARA BEDEN

       Satukan Rasa

          MAaknailfeBsutdasi i

        Bangsa Melayu yang merentas batas
                                                                                         sempadan dan masa ialah bangsa
                                                                                         yang “metafora”. Bangsa metafora
                                                                                         ialah bangsa yang menggunakan
                                                                                         akal untuk memproses perkara
                                                                        yang abstrak untuk menyatakan sesuatu dan
                                                                        memberikan makna kepada sesuatu secara
                                                                        tersirat.
                                                                        	 Bangsa metafora menggunakan kaedah
                                                                        pemerhatian dan ketajaman pengamatan selain
                                                                        daya keintelektualan mereka untuk mencipta
                                                                        sesuatu, membanding, menilai, seterusnya
                                                                        menginterpretasikan dan memberikan makna
                                                                        terhadap sesuatu. Ternyata, orang Melayu
                                                                        merincikan, menjelaskan dan menghuraikan
                                                                        sesuatu perkara dengan menggunakan “‘sesuatu
                                                                        yang lain”, misalnya menggunakan simbol,
                                                                        analogi dan alegori supaya mesej yang hendak
                                                                        disampaikan mengandungi unsur kelembutan,
                                                                        kehalusan dan keindahan.
                                                                        	 Dalam konteks ini, jelaslah bahawa bangsa
                                                                        Melayu cenderung memetaforakan sesuatu
                                                                        yang diamati untuk menyampaikan maksud
                                                                        tertentu dengan kaedah pemikiran mereka
                                                                        sendiri. Kecenderungan inilah yang menandakan
                                                                        kebijaksanaan dan ketinggian minda atau akal
                                                                        yang dimanifestasikan menerusi akal budi
                                                                        Melayu.
                                                                        	 Akal budi Melayu berteraskan empat kaedah
                                                                        pemikiran, iaitu kaedah teologi, kaedah alegori,
                                                                        kaedah analogi, dan kaedah pragmatik. Kaedah
                                                                        pemikiran teologi wujud sebelum kedatangan
                                                                        Islam ke alam Melayu. Pemikiran ini berteraskan
                                                                        kepercayaan kepada roh, semangat, dan kuasa
                                                                        ghaib yang sukar difahami oleh akal biasa.

10 			 BIL. 9 2019
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17