Page 67 - Dewan Sastera 8
P. 67

WANITA: Kau tahu, pabila aku nak dihantar ke Padang                 aku untuk memerdekakan tanah air daripada penjajah
     pada umur 14 tahun, aku bukan bersedih kerana                  Inggeris, kemudian Jepun dan Inggeris semula. Aku
     meninggalkan ayah dan emak saja, tapi aku bersedih             mengahwini perjuangan, kau bukan tak tahu.
     meninggalkan kau.                                         PENYIASAT: Aku mengikuti perkembangan kau. Mulanya
                                                                    aku bangga. Dalam antara sekian banyak kawan, kau
PENYIASAT: Ah, cerita lama!                                         berani dan bersemangat. Tapi aku mula melihat kau
WANITA: Kau ingat pemberian kau kepadaku sebelum aku                menyimpang, kau mulai berpidato untuk meracuni
                                                                    fikiran rakyat. Aku harus jalankan tugas aku. Selama ini
     pergi?                                                         aku mengelak daripada mengawasi kau, tapi akhirnya
PENYIASAT: Buku tulis.                                              ketuaku mengetahui bahawa aku lebih mengenali
WANITA: Aku menulis segala-gala yang aku alami di rantau            kau daripada orang lain. Lalu tugasan ini diberikan
                                                                    kepadaku.
     orang dalam buku itu.                                     WANITA: Aku tak salahkan kau.
PENYIASAT: Tak ada apa yang nak aku berikan kepada kau         PENYIASAT: Kau tak sepatutnya berkeadaan begini, tapi aku
                                                                    hanya menjalankan tugas.
     sebagai ingatan, hanya buku tulis yang ayah belikan       WANITA: Aku faham.
     apabila aku dapat nombor tiga dalam kelas.                PENYIASAT: Aku terseksa melihat kau. Melihat hal yang
WANITA: Aku sangat menghargainya.                                   berlaku pada kau. Aku mahu melupakan siapa kau
PENYIASAT: Aku berharap akan dapat belajar macam kau.               supaya aku menjalankan tugas dengan baik. Tapi aku
     Pergi ke sekolah di Padang. Belajar di sana bertahun-          membohongi diriku. Jauh di lubuk hati aku masih
     tahun. Pulang sebagai guru.                                    mengingati kau, lebih daripada seorang kawan.
WANITA: Aku menulis hampir setiap hari di dalam buku itu.      WANITA: Aku puas hari ini. Aku reda dengan apa-apa pun
     Tentang pengalaman aku. Perasaan aku. Marah aku.               tindakan selepas ini. Aku cuma ingin mengucapkan
     Kecewa aku. Rindu aku. Setahun lamanya, tak ada                terima kasih kerana buku tulis yang kau berikan kepada
     ruang lagi dalam buku tulis itu. Aku cari yang lain, aku       aku itu, memberikan aku terlalu banyak kegembiraan.
     sambungkan dengan buku tulis yang kau berikan itu dan          Dan, mengingatkan aku bahawa pada satu masa dahulu,
     aku sambung lagi pabila habis. Kau tahu, catatan aku           aku punya seorang hero yang akan sentiasa melindungi
     bertahun-tahun dirampas pabila aku ditangkap pada              aku.
     tahun 1948. Aku merayu jangan ambil buku itu. Tak ada     PENYIASAT: Hero kau itu sudah mati.
     apa-apa tentang politik di dalamnya. Hanya catatan        (Penyiasat mengeluarkan sebilah pisau dari koceknya.
     peribadi sewaktu aku di Padang dan bila aku kembali ke    Wanita itu terperanjat. Dia merapati wanita itu. Beberapa
     Malaya pada tahun 1941, tapi mereka ambil juga, dan       ketika dia memegang pisau itu dalam keadaan yang
     sehingga kini tidak dikembalikan kepadaku.                mengancam. Cepat-cepat dia memotong tali pada kaki
PENYIASAT: Aku tak tahu tentang itu.                           wanita itu, kemudian pada kedua-dua pergelangan tangan.
WANITA: Aku menangis dalam tahanan kerana buku itu.            Tanpa memerhatikan wanita itu, dia berlalu dari situ.)
     Buku yang asalnya kau berikan kepadaku sewaktu aku
     nak berangkat.
PENYIASAT: Aku betul-betul tidak tahu.
WANITA: Aku orang perjuangan. Kau boleh kata aku faham
     kiri atau tuduh aku komunis, tapi aku juga manusia. Aku
     ada hati dan perasaan. Aku manusia yang menghargai
     persahabatan.
PENYIASAT: Kau sepatutnya tak usah masuk politik atau
     bergiat dengan parti kiri.
WANITA: Itu pilihan aku. Aku tak boleh salahkan sesiapa.
     Aku dah serahkan jiwa ragaku pada perjuangan. Niat

                                                               BIL. 08 2019 | DEWAN SASTERA  65
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72