Page 69 - Dewan Sastera 8
P. 69

Baby Home. Lagu Nat King Cole. Aku kalah. Aku marah.       Aku main filem Celorong Celoreng dengan Aman Belon
     Aku rasa suara aku lebih baik daripada Rahim.              dan Wahid Satay. Aku main watak kecil filem Mat Tiga
PENGAMBIL RASUAH: Kalau kau menang mungkin kau                  Suku dengan Mat Sentol dan Mat Raja Kapor.
     saingan P. Ramlee.                                    PENGAMBIL RASUAH: Kau berlakon di Merdeka Filem Hulu
PELAWAK: Aku baik dengan ayah Nona Aishah atau Aishah           Kelang?
     Aman, Pak Aman Painter. Isterinya, emak Aishah seri   PELAWAK: Ada sebuah dua, dalam filem P. Ramlee pun ada.
     panggung Dean dan Tijah Opera, kumpulan bangsawan          Pak pacak. Pelakon tambahan.
     terkenal masa tu. Pak Aman kata kalau aku tak boleh   PENGAMBIL RASUAH: Mungkin kau ditakdirkan jadi orang
     jadi penyanyi lebih baik aku jadi pelawak. Aku ikut        bangsawan, bukan orang filem.
     Dean dan Tijah Opera.                                 PELAWAK: Aku jadi badut bangsawan. Tukang iring hero
PENGAMBIL RASUAH: Kau memilih untuk menjadi pelawak.            dalam hutan, buat kelakar masa tukar babak.
PELAWAK: Sekurang-kurangnya aku boleh mentertawakan        PENGAMBIL RASUAH: Kau kenal semua orang bangsawan.
     diri aku sendiri.                                     PELAWAK: Hidup aku susah. Bila MFP tutup, aku balik ke KL,
PENGAMBIL RASUAH: Ubat mujarab tu.                              dapat kerja jadi bouncer kat Cinta Malam Cabaret. Tu
PELAWAK: Dalam susah, dalam senang, aku boleh                   tempat orang besar Melayu pergi. Tapi, orang tengok
     mentertawakan diriku sendiri.                              aku sebagai pelawak, bukan bouncer. Orang tak takut
PENGAMBIL RASUAH: Aku patut belajar daripada kau ilmu           aku. Tauke buang aku.
     mentertawakan diri sendiri.                           PENGAMBIL RASUAH: Kesian kau.
PELAWAK: Kawan baik aku, Wahid Satay. Dia Jerry Lewis      PELAWAK: Masa P. Ramlee buka pawagam kat belakang
     Malaya masa itu, tapi dia jadi masyhur dalam filem.        Jalan Tuanku Abdul Rahman, aku kerja dengan dia.
     Aku tetap dengan bangsawan. Aku dapat berlakon             Mula-mula jual tiket, lepas tu jaga pintu. Panggung tu
     sekali dua dalam filem, tapi tak masyhur macam dia.        tak laku, aku kena berhenti.
                                                           PENGAMBIL RASUAH: Kau balik kampung lepas tu?
                                                           PELAWAK: Betul. Aku balik ke mari. Ni kampung asal aku.
                                                                Ayah mak aku datang dari Jawa. Duduk sini. Buat
                                                                kebun. Aku anak sorang. Bila aku mengembara ikut
                                                                wayang, mereka tinggal sini. Bila tak ada kerja, aku
                                                                balik kampung. Cuba jadi orang kampung, tapi aku tak
                                                                diterima oleh orang kampung. Aku orang wayang. Badut
                                                                bangsawan. Budak-budak pun tak hormat aku.
                                                           PENGAMBIL RASUAH: Kau pernah kahwin?
                                                           PELAWAK: Tak pernah. Kat Singapura dulu, hidup enjoy.
                                                                Hidup dengan perempuan kabaret. Agaknya Tuhan balas
                                                                dosa aku.
                                                           PENGAMBIL RASUAH: Kau ingat macam mana kita jumpa?
                                                                Kereta aku rosak kat hujung kampung ni. Kau datang.
                                                                Tengok kereta aku, kau betulkan fuse yang rosak. Aku
                                                                tanya, awak kerja mekanik ke? Kau jawab, tak, saya
                                                                main wayang. Aku pun pelik juga, orang wayang pandai
                                                                betul kereta.

                                                           BIL. 08 2019 | DEWAN SASTERA  67
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74