Page 73 - Dewan Sastera 8
P. 73

PENGAMBIL RASUAH: Aku tahu pabila aku keluar penjara         PELAWAK: Ini bermakna kau tidak akan ke mari lagi?
     aku dah tua. Aku tahu orang akan sentiasa benci pada    PENGAMBIL RASUAH: Sejak lima tahun lalu apabila kita
     aku. Orang pandang jijik pada aku. Tiada siapa yang
     nak rapat dengan aku. Berkawan dengan aku.                   berjumpa pertama kali, aku dah ke mari banyak kali.
                                                                  Manalah tahu aku akan datang semula.
PELAWAK: Lalu kau cari badut bangsawan macam aku.            PELAWAK: Aku doakan yang terbaik untuk kau!
PENGAMBIL RASUAH: Kita banyak persamaan. Kau mungkin         PENGAMBIL RASUAH: Kau juga sahabatku (menghulur
                                                                  tangan bersalam). Hari semakin gelap. Baik kau pulang.
     tak menyedarinya, tapi banyak persamaan antara kita.    (PELAWAK menyanyikan lagu “Hilang Terang Timbul
PELAWAK: Aku tidak mencuri duit anak yatim.                  Gelap”).
PENGAMBIL RASUAH: Kita sama-sama tidak ada tempatnya              Hilang terang timbul gelap
                                                                  Lampu hati padam
     dalam masyarakat.                                            Tak bercahaya
PELAWAK: Aku puas begini. Menunggu saat matiku.                   Ibaratnya kapal tiada berkemudi
PENGAMBIL RASUAH: Aku tak boleh ke mana-mana lagi.                Di samudera hanyut
                                                                  Tak menentu
     Tinggal di dalam bilik yang sempit yang aku sewa             Bintang tiada beri cahaya.
     di atas sebuah kedai India. Aku juga menunggu
     mati macam kau. Mungkin juga aku harus mulakan          (PENTAS DIGELAPKAN.)
     hidup baru. Ikut jejak kau. Jadi pelawak. Jadi badut
     bangsawan macam kau.                                    BABAK KETIGA
PELAWAK: Bangsawan dah lama pupus.
PENGAMBIL RASUAH: Mungkin ini masanya aku gunakan            Pelakon: (1) AYAH (2) ANAK PEREMPUAN
     kepandaian kau, menjadikan kisah aku sebagai bahan      Masa: Lebih kurang sekarang.
     ketawa orang ramai. Biar mereka ketawa dengan aku.      Tempat: Di tempat bangku berada.
     Dan aku akan turut ketawa bersama-sama mereka.
     Apakah yang lebih indah daripada mentertawakan diri     (ANAK PEREMPUAN masuk. AYAH di bangku bersandar
     sendiri, macam kata kau.                                pada dinding simen yang kelihatan sudah lama. Dia
PELAWAK: Kau dah banyak belajar untuk jadi macam aku.        kelihatan tidak bermaya. Matanya pejam. Nafasnya berat.
PENGAMBIL RASUAH: Mungkin orang akan mulai melupakan         ANAK PEREMPUAN memerhatikan AYAH beberapa ketika.
     dosa aku. Mungkin juga aku akan kembali dihormati.      AYAH bagaikan tidur. ANAK PEREMPUAN berlegar-legar
     Sekarang aku papa kedana. Bodoh aku, aku belanjakan     di situ, semacam ingin membuat keputusan sama ada
     setiap sen wang yang aku curi. Dengan harapan aku       akan menunggu atau terus pergi. AYAH membuka mata.
     akan mencuri lagi. Mungkin aku akan kembali berwang,    Wajahnya kelihatan riang.)
     itu nampaknya pasport aku untuk dihormati semula.       ANAK: Dah gelap di luar tu. Kejap lagi hujanlah.
PELAWAK: Aku doakan kau berjaya.                             AYAH: Semalam pun hujan. Tiap-tiap petang hujan.
PENGAMBIL RASUAH: Ingatan orang bukan lama. Banyak           ANAK: Ayah sihat?
     orang yang dibenci kembali disayangi. Manusia mudah     AYAH: Alhamdulillah. Sihat orang tua.
     lupa. Tiga puluh tahun dari sekarang, mungkin aku akan  ANAK: Ayah nampak lemah.
     jadi pemimpin mereka.                                   AYAH: Tak ada beza sakit dan senang bagi orang tua macam
PELAWAK: Siapa tahu!
PENGAMBIL RASUAH: Siapa tahu, kan?                                ayah. Menunggu masa saja.
PELAWAK: Betul, siapa tahu.                                  ANAK: Menunggu masa untuk apa? Mati?
PENGAMBIL RASUAH: Jaga diri kau, kawanku. Perjalananku
     panjang lagi. Aku belum mengalah.

                                                             BIL. 08 2019 | DEWAN SASTERA  71
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78