Page 68 - Dewan Bahasa Sastera
P. 68

NAZAR: Doktor juga dengar banyak kisah tentang              DOKTOR MAJEZAN: Dalam hal kuasa atau
	 hal ni daripada Ustaz Wadee?                                    keberkesanan mantera itu, saya tidak akan
                                                                  berkata-kata apa-apa. Dalam bidang kami,
DOKTOR MAJEZAN: Ya. Kata ustaz, arwah                             bidang kejiwaan, hal seperti itu termasuk
      Arjuna 	mempelajari ilmu mantera mahabbah                   dalam perkara culture bound syndrome. Mantera
      daripada orang Sulawesi, namanya Wak Uno.                   pengasih, jampi pembenci, dan lain-lain tu ada
      Hasil kekuatan mantera tu, dia dapat rang yang              dalam pelbagai budaya, bukan dalam budaya
      keenam dimanterainya. Itulah kisahnya.                      kita saja. Kami para doktor mengambil kira
                                                                  perkara ni, kerana berlaku dalam masyarakat.
NAZAR: Oh, doktor dengar kisah tu. Adakah isteri 	
      saya juga jadi mangsa?                                NAZAR: Ya, doktor. Orang selalu bercakap tentang
                                                                  kehebatan ilmu Orang Asli, ilmu Siam, ilmu
DOKTOR MAJEZAN: Isteri encik terlalu baik.                        Jawa, dan lain-lain. Tapi ... tapi betulkah?
      Dalam hal penjagaan diri, dia tidak alpa. Dia
      tidak jadi mangsa nafsu Arjuna, tapi amat             DOKTOR MAJEZAN: Seperti yang saya nyatakan
      terpikat kepadanya. Akibatnya, berlaku konflik,             tadi, isteri encik mengalami Culture Bound
      dan jiwa isteri encik terganggu.                            Syndrome. Itulah jawapan saya.

NAZAR: Bagaimanakah doktor tahu isteri saya tidak           NAZAR (bermenung sejenak): Maksud doktor,
      jadi mangsa? Maafkan saya doktor, saya                      dia terkena sihirkah? Emm, apa-apa pun, doktor
      bertanya ni agak berlebihan ….                              tolonglah ubati dia.

DOKTOR MAJEZAN: Tak apa-apa Encik Nazar.                    DOKTOR MAJEZAN: Dalam bahasa psikiatri,
      Soalan tu tidak menimbulkan masalah. Saya                   tak ada istilah sihir. Namun begitu, bolehlah
      sebenarnya yakin akan kata-kata Ustaz Wadee.                kita samakan. Saya akan bantu dia. Perubatan
      Katanya, Arjuna mempelajari ilmu mantera                    psikiatri bermula dengan sesi kaunseling. Kita
      itu memang tujuan untuk memikat wanita.                     aturkan, ya.
      Dia memikat wanita demi wanita. Setelah dia
      berjaya memikat isteri encik, dia berubah.            NAZAR: Baik, Doktor.
      Isteri encik terlalu baik, kata ustaz. Arjuna jadi
      insaf kerana isteri encik berperibadi mulia.          (Gelap.)
      Isteri encik berjaya mendidik hati Arjuna. Dia
      kemudian mahu membuang ilmu itu ….                    BABAK 2

NAZAR: Jadi, dia buang ilmu itu?                            (Pentas cerah. MELISA diiringi JURURAWAT
                                                            NORAZAH berjalan masuk dan duduk di atas kerusi
DOKTOR MAJEZAN: Dia mahu membuang ilmu                      di kamar DR. MAJEZAN. DR. MAJEZAN masuk dan
      itu. Namun, kata ustaz, hanya Wak Uno yang            duduk di atas kerusinya.)
      boleh membuangnya. Apakan daya, Wak Uno
      sudah meninggal. Ertinya, ilmu itu kekal pada         DOKTOR MAJEZAN: Puan Melisa, setelah
      Arjuna.                                                     mendengar percakapan puan dalam sesi
                                                                  kaunseling tadi, saya memahami keseluruhan
NAZAR: Ya, doktor. Ustaz Wadee ada berkisah                       kisah. Saya Saya fahami keresahan, keluh kesah
      kepada saya juga. Sebelum Arjuna meninggal,                 dan aneka perasaan negatif dalam diri puan.
      dia sempat berguru tentang hal ehwal agama                  Sekarang, saya akan berusaha seboleh-bolehnya
      dengan Ustaz Wadee. Saya mempercayai cakap-cakap            bagi menyembuhkan penyakit puan. Saya
      Ustaz Wadee. Tapi, selama ini saya kurang yakin             akan membantu puan. Puan kenalah berikan
      bahawa mantera boleh berkesan. Saya tak percaya             kerjasama. Usaha ni, usaha saya selaku manusia
      jampi mantera boleh berkesan kepada jiwa orang,             biasa, dan semoga Allah akan menyembuhkan
      boleh menjadi. Rupa-rupanya macam itu sekali. Isteri        penyakit puan.
      saya macam nak gila. Setahu saya, isteri saya amat
      mencintai saya, tapi boleh berubah ….                 MELISA (mengangguk): Emmhmmm, terima kasih
                                                                  doktor.

                                                            DOKTOR MAJEZAN: Puan setuju untuk dipulihkan,
                                                                  bukan?

Dewan Sastera Bil. 10 2019 66
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73