Page 69 - Dewan Sastera November 2019
P. 69

KAMRUL: Aku dah tak boleh hantar atau ambil             DAWUD: Tak mengapa. Terima kasih. Kedai saya
   baju-baju, beg tangan, tali pinggang tiruan dari        dekat sini sini saja. Sakit sikit pun.
   seberang. Semua yang di sempadan cari aku. Mati
   aku kalau pergi sana lagi sekarang ini. Aku dah tak  ADAM: Banyak atau sikit sakitnya, sakitlah juga.
   boleh tinggal dengan pak su lagi. Silap haribulan,      Biar doktor periksa. Saya boleh hantarkan, kalau
   pak su pun kena serang, kena pukul.                     saya dapat jumpa kereta saya mereka letak di
                                                           mana….
DAWUD: Engkau banyak buat janji, engkau tipu sana
   sini, engkau ingat aku tak tahu? Aku lagi lama       (DAWUD dan KAMRUL hairan.)
   kerja, berurusan dengan mereka itu. Aku bawa
   kaukerja dengan aku sebab nak engkau belajar         ADAM: Haa, itulah dia. Kereta saya. Pemandu… err
   berniaga cara betul. Bukan menambah masalah             kawan saya bawa tadi, lepas tu entah ke manalah
   macam ini!                                              perginya. Mereka tidak suka saya ada di sekitar
                                                           sini, mungkin. Apa-apapun, dapat saja kereta,
KAMRUL: Kita jual pun barang tiruan, pak su. Apa           saya boleh hantarkan ke hospital.
   bendanya berniaga cara betul? Dah sah sah barang
   kita jual pun tak betul tulen. Pak su tak payah      (DAWUD baru hendak menjawab, telefon bimbit ADAM
   nak nasihat suruh jadi baik, suruh solat, suruh      berbunyi. ADAM minta tunggu sebentar, lalu menjawab
   beribadat banyak, padahal pak su berniaga ini        panggilan. DAWUD dan KAMRUL terpinga-pinga.)
   macam mana? Mana datang halalnya menipu
   pembeli?                                             ADAM: Ya, abang. Ada. Ya, tahu perasmian di depan
                                                            hotel sana. Ada. Ada sini, sini di mana, ya?
DAWUD: Aku tak pernah tipu orang yang datang
   beli! Semua ke kedai aku memang tahu aku jual        DAWUD: Kawasan kedai kaki lima Jalan Bintang
   barang tiruan. Bukan barang tipu! Aku cakap terus      bahagian Timur.
   terang. Engkau tahu kenapa semua barang tu ada?
   Sebab semua berkehendak. Kehendak ni, tak kira       ADAM: Ya! Ni di kawasan kedai kaki lima Jalan
   siapa kita. Kaya? Miskin? Ada harta tak ada harta?      Bintang bahagian Timur. Ya, tahu tempat
   Ada duit tak ada duit? Kehendak tetap datang!           perasmian tu di bahagian Barat. Akan ke sana.
   Kita beri peluang satu perasaan untuk kehendak          Sekejap saja lagi. Ya, baik.
   orang kecil macam kita ini, berasa! Nak jadi sekaya
   Orang Kaya Daman, tidak semua akan capai. Kita       (ADAM menenangkan dirinya. DAWUD dan KAMRUL
   ini orang yang memberi makna kepada kehendak         menghampiri ADAM.)
   mereka yang macam kita! Engkau faham? Aku
   tak pernah sekali-kali menipu! Engkau tu yang        KAMRUL: Ini Tuan Adam? Adik Presiden Bintang?
   banyak menipu berjanji sana sini dengan ramai           Betul? Tuan Adam yang akan membantu uruskan
   pembeli, lepas tu engkau terperangkap, engkau           kerja pembangunan Jalan Bintang! Betul?
   cemas! Semua cari engkau sebab janji engkau yang
   tak betul! Engkau nak duit cepat dengan cara yang    (ADAM mengangguk. KAMRUL menolak DAWUD
   salah, takkan berhasil apa-apa pun! Kaudengar        dan mahu berdiri sendiri, segera menyalami ADAM.
   tak? Faham tak?                                      KAMRUL sangat kagum. DAWUD terasa lucu melihat
                                                        gelagat anak buahnya itu.)
(DAWUD semakin bertegas. KAMRUL rasa gementar
melihat ketegasan DAWUD. DAWUD membantu                 KAMRUL: Satu penghormatan buat kami dapat
KAMRUL bangun. KAMRUL jadi serba salah tetapi               berjumpa tuan sedekat ini.
akur sebab sakit. DAWUD pimpin KAMRUL jalan.
ADAM muncul dari arah bertentangan, tergesa-gesa        ADAM: Eh, apa maksudnya? Kita sama saja. Saya
seperti mencari sesuatu. Hairan nampak DAWUD sedang        hanya kerja menguruskan Jalan Bintang, bukannya
memimpin KAMRUL. ADAM prihatin. ADAM juga                  saya ini makhluk luar dari alam ini.
seorang lelaki yang kemas, warnanya lebih terang dan
lembut. Lebih suka berkemeja dengan jaket kulit yang    DAWUD: Maaf, tuan. Anak buah saya ini sangat
nampak kemewahannya berbanding kot. Lebih bergaya          teruja dapat berjumpa tuan. Nama tuan selalu
muda dari abangnya. Kemas dan masih bersifat sederhana     disebut-sebut, berita tentang kejayaan tuan di luar
dan tidak berlebih-lebih.)                                 negara, kami amat bangga. Maksud anak buah
                                                           saya tadi, orang besar, pemimpin macam tuan
ADAM: Kenapa ni? Nak saya tolong hantar ke                 dan Tuan Presiden Bintang, manalah mungkin
   hospital?                                               berjalan-jalan di sekitar jalan kecil ini.

                                                                                 67 Dewan Sastera Bil. 11 2019
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74