Page 10 - DS_Disember2019_web
P. 10
FOKUS
Warnai Dunia
Karya Fiksyen
Oleh
Zulkifli Khair
Frankestein dan fiksyen saintis
menghidupkan orang mati
menjadi antara inspirasi kepada
penerbitan novel Di. Ar. Ti (1989).
Novel yang sarat dengan istilah
sains perubatan ini kelihatan lebih
“hidup†apabila dihasilkan oleh
doktor perubatan, Rahmat Haroun
Hashim. Beliau malah pernah dianggap
sebagai “Bapa Fiksyen Sains†Malaysia. Dalam
jerayawara Sayembara Novel Fiksyen Sains dan
Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
– Kumpulan Utusan (yang bertahan selama cuma
tiga pusingan), novel ini pernah diangkat sebagai
antara model novel saifai yang wajar ditanda aras.
Dewan Sastera Bil. 12 2019 8

