Page 90 - DS_Disember2019_web
P. 90

CERPEN

Bendahara Paduka Raja saja yang memberanikan diri, tapi, kami tidak     ABANG PATDELI ABANG
diendahkan langsung, kerana mereka sedar kami pun tidak mampu           MUHI lahir pada 12 Oktober
berbuat apa-apa—kami sudah tidak dipedulikan oleh Baginda Sultan,       1962. Berkelulusan Sarjana
dan sudah tidak berdaya lagi. Apatah lagi, kami tidak terbilang, dan    Muda Sastera Psikologi dan
digeruni seperti zaman kita dulu, Jebat.                                Komunikasi dari Universiti
                                                                        Kebangsaan Malaysia, MA
     Apa-apa pun, banyak hikmatnya, Jebat. Aku belajar banyak hal       in Arts Management, City of
yang dulu tidak pernah terlintas di fikiran aku. Dulu aku meminta       London University, dan Doktor
engkau agar buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.      Falsafah Peradaban Melayu
Sekarang, aku pun berasa kesal kerana terlalu memikirkan air muka,      dari Institut Peradaban Melayu,
dan menjaga hati orang lain. Natijahnya, hati aku sendiri yang          Universiti Pendidikan Sutan
terseksa, dan terluka. Kalau aku singkirkan Datuk Karma Wijaya          Idris. Karya beliau yang telah
dan juak-juaknya awal-awal lagi, tentu Melaka lebih aman damai.         dibukukan ialah kumpulan
Tapi, penyesalan itu tidak pernah datang dulu, melainkan kemudian.      drama radio Kerana Budi (1995),
Kalau tidak tentu itu menguntungkan kita. Aku mungkin masih ada         kumpulan cerpen Urip (2015)
sahabat yang berjuang bersama-sama menegakkan keadilan, dan             dan novel Hati Emas (2014).
mempertahankan kebenaran. Engkau, aku, Lekiu, Lekir dan Kasturi
pasti akan bergabung tenaga, dan berpadu jiwa untuk mengembalikan            Ratusan karya kreatif
kegemilangan Melaka dalam serba-serbi. Aku mungkin akan lebih           dan non-kreatif disiarkan
bersemangat untuk bangkit menentang segala bentuk kemungkaran,          dalam Perisa, Pangsura, Dewan
dan ketidakadilan di bumi Melaka ini.                                   Siswa, Pelita Bahasa, Dewan
                                                                        Bahasa, Dewan Sastera, Utusan
     Para petualang seperti Datuk Karma Wijaya yang beraja di mata,     Malaysia, Utusan Borneo,
bersultan di hati itu, tentu sudah lama kita singkirkan daripada        dan Utusan Sarawak, selain
mencemar bumi Melaka ini dengan semangat wira Melayu yang               diterbitkan dalam pelbagai
serba-serbinya berani kerana benar, dan jujur serta ikhlas dalam        antologi. Menerima Hadiah
perjuangan. Saban waktu aku bersedih, Jebat. Sedih melihat umat         Penghargaan Penulis Sarawak
Melayu berpecah-belah, dan bertelingkah sesama sendiri—sedih            bagi genre cerpen, puisi dan
kerana semakin banyak daripada mereka yang sudah hilang peribadi,       esei kritikan sejak tahun 1991
dan tandus budi; banyak sudah yang semakin tamak haloba, dan            hingga tahun 2017. Cerpen
berhasad dengki. Sedih dek kerana tiga orang sahabat sejati kita masih  Temudaq menerima Hadiah
membiarkan aku keseorangan dalam perjuangan aku yang belum              Sastera Utusan – Public Bank
selesai. Kiranya begitulah fiil orang Melayu, nescaya bumi Melaka ini   (1993). Dinobatkan sebagai
akan hilang ketuanan Melayunya, dan bersekali dengan Rajanya.           penerima Hadiah Sastera
                                                                        Kebangsaan Sarawak (esei
     Tetapi, apa-apa pun Jebat, musibah yang menimpa kita, ada          kritikan, 1999) dan pemenang
hikmahnya. Itu pasti! Setidak-tidaknya akan tercatat dalam sejarah      esei kritikan Hadiah Sastera
kepulauan dan kesultanan Melayu ini, pernah lahir dua orang wira        Perdana Malaysia 2015/2016.
yang bukan calang-calang kepahlawanannya, yang gagah berani, yang
setia akan janji, dan yang berhati nurani kental. Apatah lagi, engkau
dan aku tidak pernah bermuka-muka, dan munafik—kita tetap tekal
dengan adicita kita, dan kental dengan pegangan hidup kita masing-
masing. Makanya, kita dapat menjadikan bangsa Melayu, dan bumi
Melaka terbilang di seantero jagat raya ini.

     Biarlah umat Melayu sesudah kita menilai, mentafsir dan
mentakwilkan bencana pertikaman antara engkau dan aku, sama ada
aku atau engkau yang dinamai wira sejati umat Melayu di buana ini.
Biarlah mereka mengambil pengajaran dan teladan daripada kejadian
yang sudah ditakdirkan Tuhan itu. Merekalah nantinya yang wajib
mempertahankan tanah Melayu ini. Merekalah yang mesti belajar
daripada nasib malang yang telah menimpa poyang-moyang mereka,
dan bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan, dan musibah yang
terjadi di bumi Melaka ini.

Dewan Sastera Bil. 12 2019 88
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95