Page 78 - Dewan Sastera 7
P. 78
Mengenang
A. Kadir Abadi
Selamat malam, Kota Bharu
Aku tidak tertawan pada kerlap neonmu
Ini aku dan pena,
Sudah ibarat kekasih pelita
Â
Selebihnya, tinta
Inilah akan lebih bercahaya
Â
Menjadi dakwat sastera
Untuk ceritera bangsa
Aku tidak takut mengarang
Acuman Mahkota
Â
Walau ditawarkan kelewang, parang
Walau Istana geger, murka
Â
Yang liar, berpusar seperti asap
Kuceritakan dalam Sebelas Rejab
Â
Kejahatan, kepalsuan
Itulah Siluman
Kebenaran, terang
Seperti pembeza bayang
Â
Tetapi, negeri ini rosak
Ditebuk British, sedikit, sedikit
Seperti rasuk dan pasak
Berlubang, dan kian senget
Ditutup Putera Club kerana curiga
Tetapi seribu British, kulawan juga
Â
Dan engkau, wahai Melati Kota Bharu
Tentu kautahu
Kalau aku mati, nanti
Aku telah mengarang dengan berani.
Â
ROSLI K. MATARI
7 4 DEWAN SASTERA | BIL. 07 2019