Page 86 - Dewan Sastera 7
P. 86

CERPEN
OLEH | Mohd. Hashim Osman

                                  PBTAAUYNDUAI NHGAN

K ali ini sang pembuli itu terkapar di                           sepatut-patutnya Kaduk berbangga akan kemenangan
                              gelanggang sendiri. Kali ini buku  itu. Apakan daya, Kaduk tewas oleh kedangkalan dan
                              bertemu dengan ruas.               perjanjian.
                                   Kedua-dua kakinya yang
                              tadi menerjah-nerjah angin,             Biring Sikunani berpindah milik atas satu perjanjian.
                              kian mengeruit lemah. Sepasang     Perjanjian rakyat dan raja, perikatan taat dan setia. Kini,
                              mata galaknya, kini layu. Luka     bukan sahaja si jaguh gelanggang itu bertukar tuan, bahkan
                              di kepalanya parah, derita         perjanjian itu menggadaikan segala milik Kaduk; bendang
dibenam taji seinci. Beberapa ketika kemudian, jantan            nan serelung di baruh, kebun jagung dan pisang nan seekar
yang balungnya lenjun dek darah pekat itu pun tidak lagi         di hulu, juga termasuk tanah kampung nan setengah ekar.
mengeruit!                                                       Hatta termasuk tubuh badannya serta keluarganya, juga
                                                                 ayam itik serta kerbau nan sekawan.
      Kaduk berteleku di tengah gelanggang. Matanya legat
ke jasad sang pembuli - Si Jalak Lenteng - yang kaku.                 “Nampak gayanya, tiada apa-apa lagi untuk disangkal
Derita Jalak telah berakhir, tetapi sengsara Kaduk baru          tentang perjanjian antara beta dengan Kaduk. Perjanjian
bermula.                                                         kita perjanjian yang bersaksi,” Paduka menepuk-nepuk
                                                                 bahu Kaduk. Kaduk hanya mampu tunduk. Jiwanya luruh.
      Riangnya menyambut kejayaan Biring Sikunani seketika
tadi disentap tiba-tiba. Tepuk tari kinjanya mati spontan.            Bisik-bisik bersoksek: sempurnalah hasrat Paduka
Matanya berpinar, kepalanya bergerunyut, dadanya sesak.          Cempaka Sari, menggenggam kuasa ke seluruh tanah pulau
Semalang-malangnya nasibmu Jalak, malanglah lagi nasib           yang subur lagi bernyawa di bawah jajah takluknya.
aku yang bernama Kaduk!
                                                                      Lalu tidak semena-mena, sebelum berangkat kembali
      Sejenak dia menjeling Biring Sikunani yang berada          ke istana, atas kuasa di hati baginda juga, segera
dalam kelek orang suruhan. Kali ini, Si Biring yang tadi         diisytiharkan dan diwartakan:
paginya dikelek dari reban sendiri di Kampung Ulu menang
di gelanggang istana. Benar baka laga dari Kabupaten                  “Mulai saat ini tiadalah lagi gelanggang laga ayam di
Bangkinang itu gagah dan tangkas meragut kejaguhan                    negeri Cempaka Sari ini. Tidak ada lagi pertaruhan
bekas juara istana. Memang sepatutnya, ya memang                      yang tidak pernah menguntungkan ini! Cukuplah jadi
                                                                      sejarah bangsa Tanah Cempaka Sari.”

8 2 DEWAN SASTERA | BIL. 07 2019
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91