Page 47 - DewanSastera9
P. 47
BIODATA
TAN SRI ABDUL LATIFF ABU BAKAR
INILAH KISAH dan riwayat hidup penulis yang berketurunan
Melayu Bugis, Sulawesi yang merantau di sekitar Rumpun
Melayu. Bermula dari moyang yang membina keluarga di
bumi Melaka, penulis yang dilahirkan di Banda Hilir pada 1
November 1952 dibesarkan dalam adat dan budaya masyarakat
Melayu. Penulis menerima pendidikan awal di Melaka
dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya
(UM). Sejak usia muda, penulis mempunyai kesedaran untuk
menghayati dan menghargai warisan peradaban Melayu.
Pengalaman menjadi ahli akademik dan pemimpin organisasi
amat membantu penulis menjadi seorang ilmuwan dan
budayawan negara yang gigih berjuang memartabatkan warisan
peradaban Melayu.
Semasa di universiti, penulis memegang jawatan Timbalan
Pengerusi Persatuan Sejarah UM, Setiausaha Asrama Kedua,
Ketua Jabatan Penulisan (kemudian sebagai Jabatan Pengajian
Media), Ahli Senat dan pelbagai Ahli Jawatankuasa. Dalam
masa yang sama, penulis aktif melibatkan diri sebagai
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah
Menengah Sri Pantai dan menyertai pelbagai kegiatan
organisasi di peringkat kebangsaan seperti GAPENA,
MAYC, MPN, YPBN, DMDI, DBP, Penasihat
Kebudayaan KKP, Arkib Negara, Perpustakaan Negara
dan pelbagai jawatankuasa di agensi kerajaan yang lain.
Selepas bersara wajib di UM (2010), penulis dilantik
sebagai Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti
Perdidikan Sultan Idris (UPSI), Ketua Kluster Warisan
dan Peradaban Universiti Malaysia Kelantan (UMK),
Ketua Sekolah Warisan dan Peradaban Universiti
Islam Malaysia (UIM) dan terkini sebagai Profesor
di Kluster Warisan dan Peradaban UIM, di samping
menjadi Penasihat Persatuan Penulis Putrajaya dan Kelab
Penyair Deklamator Kebangsaan. Di Melaka pula, penulis
berpengalaman menjadi Pengerusi Persatuan Sejarah Melaka,
Ketua I Lembaga Bahasa Melayu Melaka, Naib Presiden MAY
Melaka, Pengerusi Institut Seni Malaysia Melaka, Ahli Lembaga
Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Perbadanan
Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Institut Kajian
Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), Yayasan Dunia
Melayu Dunia Islam (DMDI) dan Pengerusi Pemegang Amanah
Warisan Melaka (UNESCO).
Setelah melepaskan jawatan Ketua Satu GAPENA (2016),
penulis mengambil daya usaha menghidupkan dan menaungi
Persatuan Silat Hang Tuah serta mempengerusikan Majlis
Penasihat Adat dan Warisan Peradaban Melayu di bawah
Lembaga Bahasa Melayu Melaka, di samping bergiat aktif
bersama-sama Majlis Profesor Negara. Kini, penulis juga
diberikan kepercayaan sebagai Penasihat Persatuan Ketua
Kampung (Sidang), Persatuan Melayu Bugis Serumpun, dan
Persatuan Dondang Sayang Melaka.