Page 68 - DewanSastera9
P. 68

Byzantium. Justinian dikatakan tertarik dengan                        asing lagi dalam dunia sastera tanah air ini
kecerdasan Theodora ketika wanita itu bekerja                         menggarap puisinya berlandaskan kekuatan
sebagai penenun bulu biri-biri di Constantinople.                     gaya bahasa, sesuai dengan sajak bertemakan
Theodora memainkan peranan penting ketika                             kemerdekaan ini.
berlaku Rusuhan Nika sehingga berjaya
menyelesaikannya dan kemudiannya berjaya                                    Meneliti puisi ini, ternyata keprihatinan
pula membina gereja Hagia Sophia yang kini                            penyair terhadap sikap bangsanya yang
dijadikan masjid seperti ditegaskan oleh penyair:                     masih sukar meninggalkan pengaruh penjajah
                                                                      seperti budaya berpakaian, makanan dan
      Tubuhnya merentap pakaian lacur               Kemampuan         bahasa, walaupun kita sudah lama menikmati
                                                            penulis   kemerdekaan.
      lucut bersama rusuhan Nika
                                                      menggarap            Pada rangkap pertamanya, penyair
      lalu memakai sepersalinan bijaksana                  puisi ini  menyarankan agar kita tidak lagi terikut-ikut
                                                                      dengan budaya berpakaian penjajah seperti
      dan membalut kota dengan fikiran.            menggunakan        ditegasnya, “Cabutlah sekalian paku penjarah/
                                                           bahasa     dari tubuh kulasentana bangsa/ agar sempurna
      Ah… Hagia Sophia, akhirnya menjadi                              penampilan kita/ indah berbusana tenunan
                                                     yang mudah       tradisi.”
      tanda lahir di tubuh perempuan.                     difahami
                                                                           Pada rangkap kedua pula, penyair
     Sebenarnya bukan mudah untuk menulis             merupakan       menyarankan, “Buanglah habuk karat penjajah/
puisi berdasarkan peristiwa sejarah seperti         sesuatu yang      dari halkum kulasentana bangsa/ agar sempurna
itu, namun keprihatinan penyair terhadap                              setiap santapan”. Pada rangkap ketiga pula,
kehebatan Theodora daripada seorang wanita                menarik.    penyair menyarankan agar kita mengikis
miskin, kemudian berjaya menjadi Maharani                             pengaruh bahasa penjajah dan mengamalkan
Rom telah memberikan kelebihan kepadanya                              bahasa sendiri, “Kikislah sekalian sihir penjajah/
untuk menobatkan peristiwa ini dalam sajaknya.                        dari lidah kulasentana bangsa/agar bergetar
Tambah menarik apabila peristiwa bersejarah                           rumus bahasa ibunda”.
ini mampu ditonjolkan sebagai satu gagasan
kesedaran untuk kembali bangkit dan berjaya,                               Melalui puisi ini, penyair menggarapkan
walaupun pernah hidup menderita dan kecewa                            gagasannya agar kita membentuk jiwa yang
sebelumnya.                                                           bebas daripada pengaruh penjajah. Menurut
                                                                      penyair, “Takkan ke mana bangsa kita/ dengan
     Puisi “Keramat Merdeka” karya Jaymani                            nota dan naskhah asing/ maka berdirilah dengan
Sevanathan mengingatkan kita kepada tarikh                            jiwa merdeka/ segera luaskan sudut pandang/
kemerdekaan negara. Keprihatinan penyair                              tujui wilayah keagungan/ dengan makrifat; tulen
dinyatakan dengan mengimbau kembali                                   niat”.
semangat perjuangan menuntut kemerdekaan
yang ditunjukkan oleh para perwira negara,                                 Begitulah 10 buah puisi yang menyerikan
“Terimbau saga lampau/ api nasionaslisme                              halaman Puisi Bulan Ini (PBI) dan diperkatakan
membara/ sang perwira mengangkat makna                                dari aspek keprihatinan, penciptaan dan
kebebasan/ dengan titisan darah dan air mata/                         gagasan penulisnya. Memang agak sukar untuk
menjunjung martabat negara bermaruah”.                                disangkal betapa keprihatinan dan gagasan
                                                                      penulis merupakan unsur penting dalam proses
     Malah, penyair turut melahirkan kebanggaan                       penciptaan sesebuah puisi. Kemampuan penulis
seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau                                menggarap puisi ini menggunakan bahasa yang
warna kulit ini menyambut merdeka. Situasi                            mudah difahami merupakan sesuatu yang
ini merupakan suatu kejayaan dan nikmat yang                          menarik. Namun demikian, sebagai penyair kita
dimiliki oleh rakyat sesebuah negara yang                             seharusnya tidak mengabaikan keindahan bahasa
merdeka, sekali gus menonjolkan gagasan yang                          yang mampu menonjolkan kepuitisan ketika
tidak terlalu sukar untuk difahami.                                   membacanya, di samping penerapan gagasan
                                                                      atau idea keseluruhannya.
     Puisi terakhir yang diperkatakan kali ini
merupakan sajak karya Alias Ismail bertajuk
“Jiwa Merdeka (2)”. Penulis yang sudah tidak

6 6 DEWAN SASTERA | BIL. 09 2019
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73