Page 20 - Dbahasa42020
P. 20

BAHASA DAN SASTERA                                              Pengiraan emas dalam
                                                                  timbangan serial masih
Dalam Hikayat Musang Berjanggut juga dinyatakan                   digunakan secara meluas
tentang berat emas yang menggunakan istilah “bungkal”             dalam urusan jual beli
seperti yang berikut:                                             emas di Kelantan, dan
                                                                  masih digunakan hingga
 “Maka ia memakai pending yang di-perbuat daripada emas,          kini. Sebagai contohnya,
 berat sa-tengah bungkal; di-jari-nya tersarong chinchin          serial emas bersamaan
 berbentok bunga nyior dan memakai gelang emas berat              dengan 2.70 gram.

 sa-tengah bungkal, berkerawang dua tingkat dan bergenta”.   	 Istilah “karat” merujuk ketulenan emas. Karat ialah
                                                             sukatan yang digunakan oleh tukang emas untuk mengukur
	 Istilah “sa amas” di gunakan di negeri-negeri di Pantai    emas atau batu permata. Kadar untuk emas tulen ialah
Timur, terutamanya di Kelantan bagi merujuk sukatan          24 karat. Jika timbangan emas tidak mencukupi
emas. Sa amas merupakan unit sa yang merujuk bilangan        24 karat, hal ini bermakna emas itu belum cukup sukatan
satu. Dalam sukatan emas di Kelantan, sa amas merujuk        ketulenannya.
sukatan 2.551 gram.                                          	 Istilah “karat” diambil daripada perkataan Latin, iaitu
	 Pengiraan emas dalam timbangan serial masih                keration atau daripada perkataan Arab, carat dan juga
digunakan secara meluas dalam urusan jual beli emas          perkataan Itali, carato yang bermaksud biji kacang carob.
di Kelantan, dan masih digunakan hingga kini. Sebagai        Pada zaman dahulu, masyarakat tradisional menggunakan
contohnya, serial emas bersamaan dengan 2.70 gram.           biji kacang carob sebagai timbangan berat. Satu karat
Jika pembeli hendak membeli barang kemas yang berharga       adalah bersamaan dengan 24 (berat emas), iaitu berat
400 rial berat, maka jumlah tersebut akan dibahagikan        keseluruhan emas itu.
dengan 2.70 gram. Oleh hal yang demikian, pembeli
akan mendapat harga sebenarnya yang perlu dibayar
mengikut perkiraan unit matriks. Istilah “samas/samah”
juga digunakan di Kelantan yang merujuk mata wang
syiling berjumlah 50 sen.
	 Selain itu, bagi mengira berat timbangan emas,
beberapa alat dan bahan telah digunakan untuk
mengimbangi timbangan. Sebagai contohnya, biji saga
dan saga kendiri. Saga ialah sejenis buah yang berbiji
kecil yang berwarna merah (nama saintifiknya Adenanthera
pavonina). Biji saga akan diletakkan di atas alat timbangan
yang dinamakan dacing.
	 Bagi mengimbangkan berat emas, beberapa
biji buah saga akan diletakkan di dalam
piring dacing bagi mengimbangkannya
dengan berat emas yang ditimbang.
Timbangan satu saga atau saga kendiri
bersamaan dengan 12 mayam dan
digunakan untuk menyukat berat emas.
Hamka dalam Tafsir al-Azhar Juzuk 19,
menyebut:

 “Barang-barang emas dan perak ditimbang
 dengan cara yang halus sekali; mempunyai daun
 timbangan, dacing timbangan atau penimbang yang
 piawai. Kadang-kadang dipakai saga yang merah
 dan kundi yang kurik, sampai semiang pun harus
 dipertimbangkan”.

	 Saga dan kundi digunakan untuk menimbang
emas dan perak pada masa dahulu. Setiap
timbangan mestilah adil dan tidak berlaku
penyelewengan dalam mengira sukatan dan
timbangan. Kundi ialah sejenis biji saga
yang digunakan untuk menimbang emas
(beratnya 241 mas), kenderi.

18 			 BIL. 4 2020
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25