Page 15 - Dsastera42020
P. 15

memacu kuasa beli bagi menyelamatkan krisis                          FOKUS
industri buku. Persolan yang lebih besar ialah adakah
pembicaraan soal KLWBC 2020 semata-mata tentang        Inilah masanya untuk
keuntungan semata-mata? WBC 2020 ialah milik kita        memalu gendang
semua, bukan semata-mata milik pemain industri.            sekuat-kuatnya
Diakui atau tidak, kesedaran para penulis untuk
menghasilkan buku tanpa bantuan dana mana-mana         mengangkat kembali
pihak telah menjadi sohor kini dalam kalangan            martabat dan nilai
penulis pemula mahupun mapan. Kelompok ini              sebuah buku dalam
menerbitkan buku mandiri secara swaterbit dengan          sejarah tamadun
berkongsi kewangan untuk melakukan proses                        negara
percetakan dan penerbitan. Terdapat juga persatuan
penulis yang mengambil langkah produktif dengan                         13 Dewan Sastera Bil. 4 2020
mula memainkan peranan sebagai rumah penerbitan
dan membantu ahli menerbitkan buku persendirian
dan antologi.

        Pelaksanaan Dekad Membaca Kebangsaan
(DMK 2021-2030) dilihat bertepatan sebagai
pemangkin menjayakan KLWBC 2020. Pelan khas
yang disediakan oleh DBP seharusnya diberi kan
pujian sebagai tapak untuk mewujudkan budaya
membaca dalam kalangan masyarakat dan selari
dengan kehadiran KLWBC 2020. Begitu juga dengan
pelaksanaan Dialog Buku Negara yang diadakan
pada 29 Februari 2020 atas inisiatif Perbadanan Kota
Buku dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan
Malaysia (MBKM), DBP dan ITBM. Dialog tersebut
langkah berani dan telus untuk memberikan ruang
secara terbuka kepada pemain industri, penulis,
penggiat dan pembaca melontarkan pandangan
berkaitan industri. Ruang percambahan minda ini
sudah pasti menghasilkan lontaran idea bernas
yang boleh diambil kira untuk memantapkan lagi
pelaksanaan KLWBC 2020.

        Dayung telah pun di tangan, sampan telah
pun di air. Kehadiran KLWBC 2020 sewajarnya
diraikan bersama-sama. Inilah masanya untuk
pemain industri dan pemeran sastera memunculkan
diri kembali. Pemikiran para penulis harus beranjak
dan tidak lagi bersembunyi memencilkan identiti
diri. Sudah masanya untuk turun ke akar umbi
dan menyantuni khalayak. Para oknum dan
pemerintah, usah lagi jahil budaya; inilah ruangnya
untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.
KLWBC 2020 bukan sekadar pesta keramaian
tetapi gelombang transformasi kata untuk merubah
pemikiran dan sikap rakyat. Inilah masanya untuk
memalu gendang sekuat-kuatnya mengangkat
kembali martabat dan nilai sebuah buku dalam
sejarah tamadun negara. Setitik dakwat mampu
membuat sejuta manusia berfikir tentangnya. Sudah
tiba saatnya semua pihak berganding iltizam dan
aspirasi membentuk masyarakat ilmuwan dan

rausyanfikir.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20