Page 40 - Dsastera42020
P. 40

EMMAMALIA

    mengalah dalam perjuangan ...”. Kerana jasanya           “… Ismail Hussein juga hangat dipergunjingkan
                                                             kerana cintanya yang luar biasa akan idealisme
    itu dia dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri               Dunia Diaspora Melayu. Dia dijulang dan
                                                             dihormati di mana-mana. Dia menerima gelar
    Sarawak Darjah Kebesaran Panglima Negara                 Pendita di Sri Lanka (1985), ijazah Honoris de
                                                             Causa di Universitas Indonesia (1984), gelar
    Bintang Sarawak (1976) bergelar Datuk. Ahmad             Mahawangsa dari Kerajaan Negeri Kedah kerana
                                                             pengabdiannya dengan cita-citanya itu, gelar Tan
    Boestamam, patriot hebat ini meninggal pada 19           Sri (1993), serta gelar Profesor Emeritus (1997).
                                                             Ismail Hussein dilahirkan pada 31 Januari 1933 di
    Januari 1983 kerana penyakit paru-paru berair di         Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Terdidik di Kolej
                                                             Sultan Abdul Hamid. Dia ke Universiti Malaya
    Kuala Lumpur.”                                           (Singapura, 1955-1959) hingga lulus Sarjana Muda
                                     (Lembayung Kemala)      Sastera (Kepujian Kelas Pertama). Pada tahun 1961-
                                                             1964 ke Universiti Leiden hingga mendapat Gelar
        Tidak banyak yang mengetahui bahawa tokoh            Drs. Pada tahun 1971, dilantik sebagai Profesor
pengkritik ASAS 50, Asraf merupakan anak didik               Kesusasteraan Melayu dan seterusnya sebagai
Ahmad Boestamam. Aktif sebagai kader API, hingga             Ketua Jabatan Pengajaran Melayu, Universiti
gagal dalam peperiksaan Senior Cambridge. Ibu Asraf          Malaya sehingga tahun 1976. Dua eseinya yang
mengingatkannya agar fokus dalam pelajaran, namun            cukup penting ialah 'Pengarang Melayu Singapura
Asraf sudah siap sedia ingin berjuang. Dia mencintai         selepas Perang Dunia Kedua (1945-1948)' dan
mentornya itu yang juga punya bakat kepengarangan            'Singapura sebagai Pusat Kesusasteraan Melayu
yang besar. Asraf membaca banyak buku perjuangan             Selepas Perang'. Ismail juga menulis Pengantar
Soekarno dan M. Natsir, roman Keluarga Gerilya, dan          untuk kumpulan puisi Gelombang, Usman Awang,
Mereka yang Dilumpuhkan oleh Pramoedya Anantatoer,           serta kertas kajian 'Hikayat Negeri Johor' dan 'The
dan lain-lain. Asraf menyenangi puisi Chairil Anwar.         Study of Traditional Malay Literature: A Selected
Pemuda ini mencari jalannya sendiri, hijrah ke               Bibiliography of Traditional Malay Literature'.
Singapura, akhirnya menjadi sidang pengarang di              Ismail Hussein, cendekiawan, aktivis, pemikir
Utusan Melayu. Dia menterjemahkan novel Ivan                 dan pencinta dunia Diaspora Melayu, meninggal
Turgenev berjudul Cinta Pertama, dan himpunan                dunia pada 20 Oktober 2014, dikebumikan di
cerpen dunia Chepu Kencana. Dia menerbitkan                  perkubuan Islam Bukit Kiara.”
cerpen Asas 50 dalam Mekar dan Segar, menerbitkan
kumpulan cerpen Patah Tumbuh, Keris Mas, kumpulan                                             (Lembayung Kemala)
sajak Gelombang, Usman Awang dan Warna Suasana
oleh Masuri S. N. Selain itu, Asraf pintar dalam nahu    9
bahasa Melayu, pernah dilantik sebagai guru bahasa       Dari negeri Pahang, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako)
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia             dan Kamaludin Muhammad (Keris Mas) sasterawan
dianugerahkan gelaran Sarjana Sastera Kehormat oleh      kawakan yang disanjung kerana novel Putera Gunung
UKM. Persatuan Linguistik Malaysia memberi gelar         Tahan dan Patah Tumbuh. Novel satira yang melawan
Tokoh Linguistik Sepanjang Zaman. Asraf, tokoh yang      penjajahan Inggeris dan ideologi nasionalisme kiri
bersungguh-sungguh mahukan ejaan bahasa Melayu           yang mempengaruhi kedua-dua tokoh selalu menjadi
dan Indonesia diseragamkan. Hal ini diajukannya          pautan dan ikutan sasterawan terkemudian. Memang
dalam kertas kerjanya di Kongres Persuratan Melayu       tidak hairan, jika Pak Sako menjadi sasterawan idola
1956.                                                    Keris Mas pada zaman awalnya. Kedua-dua pengarang
                                                         ini bertembung waktu Anugerah Sastera Negara
8                                                        (ASN) pertama diputuskan. Antara Pak Sako dan Keris
Selama lebih lima dekad, Profesor Ismail Hussein         Mas. Antara Putera Gunung Tahan dan cerpen-cerpen
aktif dalam PENA dan GAPENA yang menumpukan              Keris Mas yang berbobot siapakah yang mendahului?
kepada Diaspora Dunia Melayu. Dia pemikir bagi           Panel ASN mencari jalan selamat, kekirian Pak Sako
iklim dan warisan persatuan dunia Melayu. Oleh           menyebabkan ada alasan Kamaluddin Muhammad
sebab geopolitik yang memisahkan, Ismail Hussein         (Keris Mas), yang emas tempawan ini layak menerima
cuma dapat menautkan dunia diaspora itu dalam            gelar Sasterawan Negara yang pertama (1981).
aktiviti seni-budaya-sastera. Dia bukan politikus.       Namun begitu, pada peringkat ilmiah dan gerakan
Dia membangkitkan rasa cinta terhadap bangsa dan         politik tanah air, Universiti Malaya menganugerahkan
khazanah bahasa seni dan budaya melalui ziarah
berterusan ke dunia Melayu di Polenesia, bukan
sekadar di Gugusan Kepulauan Melayu. Kerana
cintanya itulah selama 40 tahun perjuangan GAPENA
bulat terhadap gagasan diaspora ini. Banyak anugerah
penghargaan kerana dedikasinya itu:

Dewan Sastera Bil. 4 2020  38
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45