Page 60 - Dsastera42020
P. 60

KRITIKAN PUISI

         Puisi “Puncak Kecil” karya Onn Abdullah        yang berhijrah ke Jakarta/ akan ke Kuala Lumpur
pula menggunakan imej “puncak kecil” untuk              pula.”
menggerakkan naratif dalam puisi yang mengisahkan
perjalanan seseorang yang ingin bergelar pemimpin               Penyair ternyata berjaya menggerakkan imej
(politik) dan memiliki kuasa (puncak).                  “hujan” sebagai penggerak naratif dalam puisi untuk
                                                        menggambarkan peristiwa sama, tetapi berlaku di
          Tidak mudah mendaki                           tempat yang berbeza.
          puncak kecil itu
          takhta idaman yang indah                              Puisi “Selepas Tengkujuh” karya Basri
          punya keistimewaan                            Abdullah juga memanfaatkan imej “hujan” sebagai
          bagi seorang tokoh.                           penggerak naratif puisinya. Basri menggambarkan
                                                        tentang akibat atau kesan hujan, walaupun hujan
         Bagi penyair, kekuasaan yang menjadi           sudah pun berhenti.
rebutan itu hanyalah sekadar sebuah “puncak
kecil”, walaupun kedudukan tersebut merupakan                    Masih terdengar kecoh riuh
kedudukan kerusi nombor satu:                                    selepas musim tengkujuh
                                                                 hujan sudah lama teduh
          Puncak kecil itu                                       namun banjir masih penuh
          kerusi nombor satu                                     melimpahi alur dan paluh.
          sentiasa jadi rebutan
          dalam kabinet perjuangan.                             Ternyata imej “hujan” berjaya menggerakkan
                                                        naratif puisi yang mengisahkan tentang kesan atau
         Penyair Abdullah AR pula, memanfaatkan imej    akibat daripada sesuatu perbuatan atau tindakan
“lontaran” untuk menggerakkan naratif puisinya          yang pernah terjadi, tetapi tidak mudah untuk
yang bertajuk “Dengan Lontaran”. Melalui puisi          dilupakan atau dihapuskan dalam masa yang singkat.
serangkap yang terdiri daripada lapan baris ini, bagi
penyair “lontaran” ini jelas melambangkan proses                Puisi terakhir yang diperkatakan merupakan
pembersihan diri daripada pelbagai sifat buruk atau     puisi karya Jasni Matlani bertajuk “Angin yang
tidak baik yang sering menguasai diri manusia:          Meletakkan Kepalanya di Bantal”. Puisi ini lebih
                                                        terarah kepada puisi naratif. Sebagai puisi naratif,
          Dengan lontaran itu dia membuang amarah diri  sememangnya puisi ini mempunyai imej sebagai
          memadam ego di hati                           “watak utama” naratifnya. Malah “watak utamanya”
          menimbus riak nan sebati                      lebih jelas dan mudah dikesan berbanding imej
          menguburkan hasad dengki                      sebagai “penggerak” yang telah diperkatakan dalam
          melontar campak ujub dan gurur                11 buah puisi lain sebelumnya.
          pergilah sifat bongkak dan penting diri ini
          moga dirahmati                                        Jasni memilih imej “angin” bagi menggerakkan
          dicintai dan diredai Ilahi.                   naratif puisi serangkap yang mengandungi 11 baris
                                                        ini. Penceritaannya jelas tertumpu kepada watak
         Penyair mapan kelahiran Johor, Nazim Mohd      “angin” ini sahaja. Hal ini bertepatan dengan ciri-ciri
Subari pula menggunakan imej “tingkap” untuk            puisi naratif yang dikatakan memiliki watak, latar
menggerakkan naratif puisinya yang bertajuk             dan sudut pandangan, selain peristiwa yang jelas.
“Tingkap Sikap”. Melalui puisinya ini, Nazim
menggambarkan peranan tingkap untuk mengawal                    Namun begitu, imej “angin” dalam puisi ini
keselamatan rumah (peradaban):                          ternyata sudah “tidak berangin” lagi sebagaimana
                                                        dipaparkan oleh penyair, bermula daripada baris
          Sempurna tingkap sikap                        pertama hingga keenamnya;
          tidak longgar atau rosak
          seperti diharap                                        Di dalam rumah kami, angin kembali
          bersih rumah tidak berselerak.                         meletakkan kepalanya di bantal dan
                                                                 mencari mimpi. Ia ingin tidur, dan tidak
         Kemampuan Nazim memanfaatkan imej                       mahu lagi merusuh di jalanan atau
“tingkap” ini sebagai jalan keluar masuk sesuatu                 mengamuk di hutan belukar sambil
yang berfaedah atau sebaliknya ternyata begitu                   mematahkan ranting kayu yang lembut.
berkesan. Tingkap sememangnya boleh ditutup
untuk menghalang kemasukan debu (kotoran) atau                  Penyair menegaskan lagi tentang keinsafan
dibuka untuk membolehkan udara bersih dan segar         atau kesedaran diri “watak” ini seperti digambarkan
masuk ke dalam rumah.                                   pada dua baris terakhirnya, iaitu:

         Penyair Ramli Abdul Rahim melalui puisinya              Sekarang ia ingin tenang, dibelai tangan
“Hujan Kuala Lumpur, Nostalgia Hujan Jakarta” pula               lembut halimunan sampai mati.
memanfaatkan imej “hujan” untuk menggambarkan
peristiwa yang sama, berlaku di tempat yang                     Berdasarkan penelitian 12 buah puisi yang
berbeza. Malah, penyair turut mengaitkan peristiwa      diperkatakan di atas, ternyata imejan dalam sesebuah
berdarah di Tiananmen berlaku pula di Jakarta dan       puisi mampu bertindak sebagai penggerak naratif
kemungkinan peristiwa tersebut berpindah ke Kuala       sama ada secara langsung atau tersirat. Malah,
Lumpur, “Aku semakin nampak/ wajah Tiananmen            pemilihan imejan yang sesuai dan tepat juga turut
                                                        membantu khalayak untuk memahami naratifnya
Dewan Sastera Bil. 4 2020 58                            dengan lebih mudah.
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65