Page 76 - Dsastera42020
P. 76

KHAS HSPM

Kesepaduan antara isi dengan bentuk turut memberi                  “Penenun Cinta Sebuah Manifestasi Hubungan
kelebihan dalam proses pengadilan.                        Manusia dengan Pencipta dan Khalifah”, karya Amir
                                                          Zakiy Hamzah. Makalah ini memaparkan dengan
Ulasan Pemenang                                           baik pengaplikasian teori takmilah terhadap teks
    i.	 “Ejen Persuratan Sastera Melayu Mencari Acuan     sastera. Perbincangan novel Penenun Cinta daripada
         Sendiri”. Nisah Haron. Dewan Sastera. September  tujuh prinsip takmilah telah disampaikan oleh penulis
         2018.                                            dengan jelas dan tersusun. Dengan penghujahan yang
    ii.	 “Getir - Sentimentaliti dan Nostalgia Seorang    baik dan disokong dengan rujukan yang meyakinkan,
         Politikus”. Siti Hajar Che Man. Dewan Sastera.   ia dapat mengangkat nilai makalah ini.
         September 2018.
    iii.	“Keris Mas Penyair Nasionalisme-Romantis”.                “Ranggawawarsita: Jaman Edan”, dihasilkan
         A.Rahim Abdullah. Dewan Sastera. Januari 2017.   oleh Noriah Mohamed pula membicarakan tentang
    iv.	“Ranggawarsita: Jaman Edan”. Noriah               sastera Jawa yang jarang dibincangkan oleh mana-
         Mohamed. Dewan Sastera. November 2017.           mana penulis. Makalah ini membincangkan tentang
    v.	“Penenun Cinta Sebuah Manisfetasi Hubugan          puisi yang dihasilkan oleh Ranggawarsita yang dikenali
         Manusia dengan Pencipta dan Khalifah”. Amir      juga sebagai Pujangga Agung Jawa dan Pujangga
         Zakiy Hamzah. Dewan Sastera. Ogos-September      Terakhir Jawa. Berdasarkan puisi yang dihasilkan oleh
         2017.                                            Ranggawarsita, pengarang membincangkan kekuatan
         Nisah Haron melalui “Ejen Persuratan Sastera     puisi ini sebagai suara masyarakat. Falsafah politik
                                                          Jawa terserlah melalui daya kupasan pengkaji yang
Melayu Mencari Acuan Sendiri” membicarakan suatu          menggunakan kaedah analisis teks secara mendalam.
isu baharu dalam perkembangan sastera Melayu. Dalam
perbincangan dikemukakan contoh penulis Barat yang        Kesimpulan
mempunyai ejen dalam menerbit dan memasarkan              Karya yang memenangi hadiah dalam Buku Kajian
karya mereka. Dengan isu yang tidak dibincang oleh        Sastera, Kumpulan Esei/Kritikan, Buku Biografi,
penulis lain, makalah ini turut diperkuatkan dengan       Autobiografi, dan Esei/Kritikan Eceran menunjukkan
hujah rasional tentang pro dan kontra tentang ejen        kekuatan dalam kategori masing-masing. Idealisme atau
persuratan di Malaysia. Penggunaan bahasa yang            subjek baharu mendapat perhatian dalam penghasilan
kemas dan berstruktur, makalah ini turut disokong         karya. Khalayak ditawarkan dengan pemaparan idea,
dengan sumber penyelidikan yang berkaitan dengan          penggarapan dan penerapan bahasa yang sesuai
ejen persuratan di Barat.                                 dengan konsep genre yang dipilih. Khalayak pembaca
                                                          mendapat maklumat baharu, di samping kesan
         “Getir - Sentimentaliti dan Nostalgia Seorang    penghayatan yang bermanfaat dari segi bahan bacaan.
Politikus” karya Siti Hajar Che Man pula mengangkat       Ciri kematangan dalam berhujah, kaedah analitis dan
seorang penulis yang kehadirannya kurang diberikan        kritis turut menjadi perhatian dalam bacaan. Umumnya,
perhatian oleh dunia sastera Melayu. Makalah ini          karya yang menang ialah karya yang menunjukkan
walaupun secara umumnya membincangkan novel Getir         keupayaan mengemukakan topik yang relevan dengan
yang dihasilkan oleh Afifuddin Omar, bekas Timbalan       perkembangan sastera mutakhir serta topik yang
Menteri Kewangan Malaysia, namun hakikatnya               jarang-jarang diperkatakan. Di samping itu, sebahagian
pengarang membincangkan tentang kepengarangan             yang lain, walaupun membincangkan tentang topik
Afifuddin Omar. Dengan 14 buah novel yang dihasilkan,     tradisional, tetapi masih relevan dengan perkembangan
nama Afifuddin Omar tidak disedari kemunculannya          sastera masa kini.
dalam kelompok sastera. Pengarang menjelaskan, novel
Getir merupakan sebuah autobiografi yang memaparkan                Karya yang dinilai tidak menang mempunyai
kehidupan tokoh sejak zaman kanak-kanak hingga            kelemahan dari segi beberapa perkara. Antaranya,
dewasa. Makalah ini memberi kesan yang kuat tentang       kelemahan tentang pemilihan judul yang tidak
kehadiran dan pemikiran penulis Afifuddin Omar.           menggambarkan isi kandungan. Karya meletakkan
                                                          tajuk umum dan tidak spesifik dan ini menyebabkan isi
         A.Rahim Abdullah menulis tentang Keris           tidak relevan dengan topik yang dinyatakan pada judul.
Mas melalui makalah beliau “Keris Mas Penyair             Selanjutnya terdapat karya yang mengemukakan idea
Nasionalisme-Romantis”. Meskipun perbincangan             yang baik, tetapi gaya bahasa serta penghuraian tidak
tentang Keris Mas telah banyak dilakukan, makalah         mampu meyakinkan pembacaan. Gaya bahasa yang
ini memberi suatu perspektif yang baharu apabila          tidak matang dan huraian yang lewah menyebabkan
membincangkan puisi Keris Mas. Perbincangan               fokus hujah kajian menjadi lemah. Di samping itu, isi
tentang pemikiran dan bentuk puisi Keris Mas dapat        kandungan karya yang konvensional, dan subjek yang
meninggalkan kesan kehadiran Keris Mas dalam              lazim diperkatakan juga gagal mendapat perhatian
penulisan puisi kerana beliau sering dikaitkan dengan     panel pemilih.
prosa. Makalah ini diperkuatkan dengan gaya bahasa
dialogik yang lancar dan disokong oleh hujah yang         Panel Penilai
relevan.                                                  Profesor Dr. Hashim Ismail
                                                          Tuan Haji Hamzah Hamdani
                                                          Che Abdullah Che Ya

Dewan Sastera Bil. 4 2020  74
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81