Page 20 - DBahasa5
P. 20

BAHASA DAN PENULISAN

Walau bagaimanapun,                                                     	 Bagi soalan berkaitan dengan surat kiriman tidak
murid/pelajar perlu bijak                                               rasmi, Ayat Tala juga lebih relevan berbanding dengan
menyesuaikan ayat yang                                                  Ayat Tanya sebagai penamat perenggan pendahuluan.
dipilih itu dengan jenis soalan                                         Oleh itu, berdasarkan perbincangan yang kemas tentang
yang diberikan. Jika soalan                                             Ayat Tala dan Ayat Tanya dalam perenggan pendahuluan,
tentang pendapat, gunakan                                               jelaslah bahawa kedua-dua jenis ayat ini boleh diguna
Ayat Tanya sebagai ayat                                                 pakai dalam perenggan pendahuluan karangan. Walau
terakhir dalam perenggan                                                bagaimanapun, murid/pelajar perlu bijak menyesuaikan
pendahuluan, jika soalan                                                ayat yang dipilih itu dengan jenis soalan yang diberikan.
tentang surat kiriman,                                                  Jika soalan tentang pendapat, gunakan Ayat Tanya sebagai
gunakan sahaja Ayat Tala.                                               ayat terakhir dalam perenggan pendahuluan, jika soalan
                                                                        tentang surat kiriman, gunakan sahaja Ayat Tala.
	 Perenggan pendahuluan bagi Soalan 4 juga                              	 Pada siri yang akan datang, saya akan menulis tentang
menggunakan Ayat Tala. Penggunaan Ayat Tala adalah                      perenggan isi. Sebelum itu, pembaca perlulah memahami
lebih sesuai berbanding penggunaan Ayat Tanya dalam                     bahawa pembinaan perenggan isi berkait rapat dengan
konteks ini. Mari kita tukar Ayat Tala berkenaan kepada                 perenggan pendahuluan. Fahami betul-betul jadual
Ayat Tanya.                                                             ini. DB
                                                                        Ayat-ayat dalam perenggan pendahuluan:
           Ayat Tala  Ayat Tanya
                                                                                                 Ayat Binaan Takrifan
Saya akan mengesyorkan langkah- Sebagai persoalannya,apakah
langkah bagi menyelesaikan isu langkah-langkah bagi menyelesaikan                                Ayat Binaan Ehwal
tanah terbiar untuk tindakan pihak isu tanah terbiar untuk tindakan
tuan. pihak tuan?                                                                                Ayat Tokoh

	 Akan tetapi, disebabkan Soalan 4 berkaitan dengan                                              Ayat Sejarah
surat kiriman rasmi, tentulah Ayat Tala dilihat lebih relevan
berbanding dengan Ayat Tanya. Tidak mungkin Ayat                                                 Ayat Semasa
Tanya seperti itu sesuai untuk dihantar kepada seseorang
yang berautoriti.Walau bagaimanapun Ayat Tala tetap                                              Ayat Tanya / Ayat Tala
mempunyai fungsi yang sama dengan Ayat Tanya dalam
perenggan pendahuluan seperti yang telah diterangkan                      Penulis bertugas sebagai Nazir Kanan
sebelum ini.                                                              Bahasa Melayu di Jemaah Nazir
                                                                          Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau
Soalan 5:                                                                 telah menghasilkan 153 buah buku karangan
                                                                          termasuk lima siri buku SAKURA yang
Anda sangat berminat dalam bidang permotoran dan berhasrat                ditulis Bersama-sama dengan Cikgu Normizah
untuk membina industri tersebut. Tuliskan sepucuk surat kepada            Mihat (Munsyi Dewan). Buku SAKURA menggunakan
rakan anda untuk menyatakan impian anda.                                  Pendekatan Tunjang sepenuhnya bagi memudahkan
                                                                          murid/pelajar mengarang. Mereka bergerak ke seluruh
Menemui sahabatku Zainab yang kini berada di Kuala Lumpur. Tujuan         negara untuk memperkenalkan Pendekatan Tunjang dalam
saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan minat saya dalam           penulisan kepada semua guru dan murid/pelajar.
industri permotoran. Industri permotoran yang dimaksudkan ini ialah
perkara yang berkaitan dengan motosikal. Pelumba Moto negara,
Khairul Idham Pawi mengatakan bahawa bidang ini dapat mengubah
kehidupan seseorang. Saya sangat berminat dalam bidang ini sejak kecil
setelah melihat perlumbaan motosikal dengan mata kepala sendiri. Kini,
majalah yang berkaitan dengan permotoran menjadi pilihan saya. Saya
bercadang untuk membina industri permotoran di kampung saya.

18 			 BIL. 5 2020
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25