Page 55 - DBahasa5
P. 55

ISTILAH SEMASA

BIL. ISTILAH           ISTILAH        BIDANG                     HURAIAN
          SUMBER       SASARAN

1.   chain of          rantaian       Kesihatan      Satu siri peristiwa yang membolehkan interaksi kuman (bakteria,
     infection         jangkitan        Awam         virus, kulat dan lain-lain) untuk menyebabkan jangkitan berlaku
                                                     dalam diri seseorang.

2. close contact kontak rapat         Kesihatan      Individu yang berada pada jarak kurang dari 1 meter dengan
                                        Awam         individu yang telah dijangkiti virus dan terkena rembesan orang
                                                     yang dijangkiti.

3. casual contact kontak biasa        Kesihatan      Individu yang pernah bersemuka dengan individu yang sah
                                        Awam         bergejala dalam apa-apa persekitaran, atau berkongsi ruang
                                                     tertutup.

4. direct contact       kontak        Kesihatan      Individu yang boleh dijangkiti oleh penyakit berjangkit secara
                       langsung         Awam         langsung, contohnya melalui sentuhan fizikal terhadap individu
                                                     yang dijangkiti.

5. indirect contact    kontak tak     Kesihatan      Individu yang boleh dijangkiti oleh penyakit berjangkit secara tidak
                       langsung         Awam         langsung, contohnya melalui sentuhan pada permukaan objek yang
                                                     digunakan oleh individu dijangkiti.

6.   droplet           jangkitan      Kesihatan      Jangkitan sesuatu penyakit kepada individu lain disebabkan
     infection          titisan         Awam         titisan atau rembesan cecair tubuh seperti darah atau air liur.

7.   essential         perkhidmatan   Pentadbiran    Perkhidmatan dalam negara yang penting atau diperlukan
     services               perlu                    untuk menangani keperluan masyarakat dalam negara seperti
                                                     perkhidmatan air, gas dan elektrik.

8.   exponential       perebakan      Kesihatan      Keadaan apabila kuantiti perebakan penyakit boleh meningkat
       spread             pesat         Awam         lama-kelamaan.

9. hand sanitizer      pensanitasi    Kesihatan      Bahan yang berupa cecair atau gel yang digunakan untuk
                         tangan         Awam         membersihkan bahan pencemaran seperti kuman (bakteria,
                                                     virus, kulat dan lain-lain) penyebab penyakit.

                                                     Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak

10. lockdown             sekatan      Undang-undang  dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau
                       pergerakan                    bangunan secara bebas disebabkan oleh sesuatu wabak atau hal

                                                     kecemasan.

11.  mass gathering    perhimpunan    Kesihatan      Sesi pertemuan atau perjumpaan yang dihadiri lebih daripada 100
                           ramai        Awam         orang dalam sesuatu tempat atau acara secara serentak.

12.  patient under     pesakit dalam  Kesihatan      Pesakit yang mempunyai ciri-ciri seperti demam (suhu badan
     investigation        siasatan      Awam         melebihi 38ºC), mempunyai sejarah perjalanan dalam atau
                                                     berhampiran kawasan jangkitan atau mempunyai hubungan rapat
         (PUI)                                       dengan pembawa bergejala.

         person under  orang dalam    Kesihatan      Individu yang mempunyai ciri-ciri seperti demam (suhu badan
13. investigation        siasatan       Awam         melebihi 38ºC), mempunyai sejarah perjalanan dalam atau
                                                     berhampiran kawasan jangkitan atau mempunyai hubungan rapat
             (PUI)                                   dengan pembawa bergejala.

14.    social          penjarakan     Kesihatan      Amalan memelihara jarak fizikal atau hubungan langsung dengan
     distancing           sosial        Awam         orang atau objek di tempat awam semasa wabak sesuatu penyakit
                                                     berjangkit untuk meminimumkan pendedahan dan mengurangkan
                                                     penularan jangkitan.

15. social distance jarak sosial      Kesihatan      Satu keadaan apabila individu perlu memelihara jarak fizikal atau
                                        Awam         hubungan langsung dengan orang atau objek di tempat awam
                                                     semasa wabak sesuatu penyakit berjangkit untuk meminimumkan
                                                     pendedahan dan mengurangkan penularan jangkitan.

							                                                          		       BIL. 5 2020 53
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60