Page 19 - Dewan Bahasa 2 2020
P. 19

BAHASA DAN PERKAMUSAN

sesuatu perkataan walaupun kesilapan itu telah lama                        Zaidi Ismail dalam
dilakukan. Ada perkataan yang mempunyai satu perbezaan                   kajiannya berkaitan
huruf dan perbezaan itu membentuk perkataan yang                         simpulan bahasa ini
berbeza makna, tetapi acap kali digunakan secara bertukar            menyimpulkan bahawa
ganti. Antara perkataan itu termasuklah cap dengan cop                   kedua-duanya telah
yang sering kali bertukar makna seperti yang digunakan               terakam dalam Kamus
dalam ayat seperti yang berikut:                                     Simpulan Bahasa sejak

   1.	 Permohonan pinjaman itu mestilah menggunakan                            tahun 1960-an.
   	 borang khusus yang disahkan oleh ketua kampung
    	 melalui cap rasmi jawatannya.                        atau simpulan bahasa menjolok mata dan mencolok mata
   2. 	Permohonan pinjaman itu mestilah menggunakan        dengan maksud tingkah laku, pakaian dan sebagainya
    	 borang khusus yang disahkan oleh ketua kampung       yang tidak sopan serta tidak selesa dipandang.
    	 melalui cop rasmi jawatannya.                        	 Zaidi Ismail dalam kajiannya berkaitan simpulan
                                                           bahasa ini menyatakan bahawa kedua-duanya telah
	 Dalam ayat 1 dan ayat 2, penggunaan perkataan            terakam dalam Kamus Simpulan Bahasa sejak tahun
cap dan cop dilihat biasa, malah ketidaktepatan makna      1960-an. Yang membezakannya hanyalah dari segi
penggunaannya dalam satu daripada ayat tersebut            kekerapan penggunaannya. Berdasarkan penemuan
tidak disedari. Pengguna bahasa sering menggunakan         keseluruhan data dalam kajian beliau yang bersumberkan
perkataan cap atau cop untuk merujuk alat yang digunakan   Pangkalan Data Korpus DBP atau Korpus DBP, kekerapan
oleh seseorang pegawai atau yang ada jawatan tertentu      penggunaannya adalah dengan nisbah 156:7, iaitu 156
untuk mencetak nama jawatan, nama organisasi, bukti        menjolok mata manakala 7 ialah mencolok mata.
penerimaan dokumen, arahan tugas, dan sebagainya
dalam urusan rasmi berserta tandatangan atau catatan
ringkas dalam dokumen tersebut.
	 Kekeliruan tentang penggunaan perkataan cap atau
cop dalam konteks ayat 1 dan ayat 2 dapat dirungkaikan
apabila kamus dirujuk. Dalam hal ini, ayat 1 lebih tepat
dan gramatis, sesuai dengan makna cap dan cop seperti
yang didokumentasikan oleh kamus dalam talian (prpm.
dbp.gov.my) seperti Jadual 1.
	 Selain itu, terdapat kata terbitan yang hanya satu
huruf berbeza seperti perkataan menjolok dan mencolok
yang sering bertukar ganti penggunaannya dalam frasa

Jadual 1 Perkataan cap dan cop dan maknanya.

Perkataan  Ejaan Jawi                                                        Makna                                                Sumber
   cap                                                                                                                             KDE4
                       1.	 Alat untuk menurunkan bekas atau kesan tanda (tandatangan, nama, dan lain-lain) dengan menekankannya
                         di atas kertas (surat dan lain-lain).

                       2. 	Tera.
                       3. 	Cetak, cetakan.
                       4. Bekas atau kesan (tanda, gambar, tandatangan, dan lain-lain) yang dibuat dengan cap.
                       5.	Tanda yang berupa gambar (untuk barang dagangan dan lain-lain).
                       	 (ki) ciri, sifat (keadaan, watak, dan lain-lain).

                       Sejenis ukuran besar kira-kira secekak (ibu jari bertemu dengan hujung salah satu daripada jari lainnya).

                       Bunyi orang makan atau mengunyah makanan, atau bunyi orang (binatang) berjalan di lumpur.

                              1. Sejenis alat untuk menggali tanah.                                                               KDE4
                              2. Sejenis alat yang digunakan untuk mengupas kelapa.
cap

                              (Kd) meniup (lilin, pelita minyak tanah) dengan menggunakan mulut, menghembus.

							                                                    		                                                     BIL. 2 2020 17
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24