Page 52 - Dewan Bahasa 2 2020
P. 52

BAHASA DAN FALSAFAH                                               Adab pada bahasa juga
                                                                   adalah sebagai suatu
beliau menerbitkan sebuah antologi, The Ecolinguistics             taklif, yang daripadanya
Reader. Kemudiannya, menerbitkan istilah yang lebih                terpercik rasa
ringkas, iaitu ekolinguistik.                                      kebertanggungjawaban
	 Ekologi bahasa atau ekologi linguistik atau ekolinguistik        terhadap natijah yang
ialah konsep yang dicipta khas bagi menangani gejala               bakal terbit. Maka, adab
kepelbagaian bahasa yang saling bergantung yang berada             pada bahasa memerlukan
pula dalam sebuah ruang atau kawasan. Premis utama                 acuan yang khas, yakni
konsep ini ialah bahasa sebagai organisma hidup yang               acuan yang berakar pada
berkembang, menguncup, berubah, kekal, dan mati yang               ajaran agama, falsafah
diperkemas daripada Neogrammarian. Kelakuan hidupnya               dan moral.
sentiasa berubah-ubah kerana interaksinya dengan bahasa
lain yang turut berada dalam ruang yang sama.                merupakan akibat daripada penjelmaan adab pada bahasa.
	 Dalam konteks Ekosistem Ilmu UUM, bahasa ialah             Adab pada bahasa ialah satu kesedaran luhur bahawa
organisma yang bertindak sebagai “rantai” yang menambat      setiap tutur kata dan setiap percikan kalam mempunyai
kemas cabang ilmu lain agar tidak terpesong daripada         kesan tertentu kepada sasaran/khalayak.
tujahan utama universiti, iaitu Universiti Pengurusan        	 Adab pada bahasa juga adalah sebagai suatu taklif,
Terunggul. Untuk memahami kaitannya, hal ini memerlukan      yang daripadanya terpercik rasa kebertanggungjawaban
pertanyaan khas, iaitu “Di manakah punca keunggulan          terhadap natijah yang bakal terbit. Maka, adab pada
yang dimaksudkan ini”? Jawapannya mudah. Bahasa              bahasa memerlukan acuan yang khas, yakni acuan yang
adalah sebagai pasak keunggulan UUM, sebagai sebuah          berakar pada ajaran agama, falsafah dan moral. Hal ini
universiti pengurusan.                                       demikian kerana hanya pada acuan inilah yang terkandung
	 Profesor Emeritus Dr. Shaharir menerbitkan sebuah          satu ajaran yang menekankan bahawa manusia ialah
buku cemerlang yang banyak mencorakkan pemikiran             makhluk yang mempunyai tanggungjawab atas segala
penulis. Buku tersebut berjudul Pembinaan Semula Teori       tindakannya dan perlakuannya.
Kepengurusan dan Kepemimpinan Alam Melayu. Dalam             	 Maksudnya, untuk melahirkan adab pada bahasa,
buku ini, beliau membahaskan keperluan untuk melihat         yang harus beradab terlebih dahulu ialah penuturnya,
semula ilmu kepengurusan dan kepemimpinan menurut            iaitu manusia. Maka, bahasa yang menjadi rantai
kaca mata Kebudayaan Malayonesia.                            Ekosistem Ilmu UUM harus pula ikut bergandingan erat
	 Satu daripada perkara penting yang ditekankan oleh         dengan cabang ilmu keagamaan dan kefalsafahan.
Shaharir ialah bahasa merupakan kunci untuk mengkritik       Maka, menjadilah Ekosistem Ilmu UUM sebagai sebuah
dan membina ilmu menurut acuan sendiri, selain mencetak      ekosistem pengurusan yang ditambat kemas dengan
individu yang layak bergelar cakravantin, atau pengurus      keunikan manusia (bahasa), kekuatan
dan pemimpin unggul.                                         penaakulan (falsafah) dan keunggulan
	 Kepengurusan dan kepemimpinan ialah ilmu untuk             peribadi (agama). DB
menguruskan orang dan benda (bernyawa tidak bernyawa)
secara bersistem dan efisien. Maka, kelancarannya dan          Dr. Mohd Tarmizi bin Hasrah ialah pensyarah
kejayaannya tentulah terletak pada alat yang menjadikan        di Pusat Pengajian Tamadun dan Falsafah,
manusia unik.                                                  Universiti Utara Malaysia. Beliau mengkhusus
	 Alat yang dimaksudkan ini ialah bahasa. Maksudnya,           dalam bidang dialektologi, linguistik sejarawi dan linguistik
kepengurusan dan kepemimpinan yang bersistem dan               bahasa Melayu.
efisien terserlah kerana keupayaan dalam tutur bicara,
selain keupayaan dalam mengatur kalam. Semua hal ini
merupakan manifestasi adab pada bahasa, yang merujuk
kegunaannya yang tepat pada makna, elok pada lafaz
dan bunyi, patuh pada jalan nahu serta molek pula pada
pemilihan perkataan.
	 Adab pada bahasa memerlukan pasak daripada
kefahaman dan amalan keagamaan dan moral. Oleh itu,
dalam membina Ekosistem Ilmu UUM yang meletakkan
bahasa sebagai teras, maka ajaran agama yang luhur dan
faham falsafah yang murni berperanan sebagai acuannya.
	 Perlu ditegaskan bahawa adab pada bahasa bukanlah
bahasa yang beradab. Akan tetapi, bahasa yang beradab

50 			 BIL. 2 2020
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57