Page 17 - Dewan Bahasa 3 2020
P. 17

Akan tetapi, bagi                                                                        BAHASA DAN PENULISAN
seseorang penulis
yang berpegang pada                                                     	 Berdasarkan pengalaman penulis yang menulis
Pendekatan Tunjang,                                                     sebanyak 150 buah buku ilmiah hingga kini, idea seseorang
masalah sedemikian tidak                                                penulis semakin menyusut setelah menulis beberapa
akan terjadi. Ketika idea                                               baris ayat dalam perenggan pendahuluan. Penulis
semakin menyusut, Ayat                                                  menganalogikan keadaan itu sebagai seseorang yang
Sejarah akan terlintas                                                  sedang lemas di laut. Seseorang yang sedang lemas
dalam fikiran.                                                          di laut akan menggapai apa-apa sahaja di sekelilingnya
                                                                        untuk menyelamatkan diri. Jika ternampak buah kelapa
Takrifan ataupun Ayat Binaan Ehwal supaya kepanjangan                   yang sedang hanyut, orang yang sedang lemas itu akan
perenggan pendahuluan tidak terganggu. Oleh itu, sudah                  memaut pada buah kelapa yang hanyut itu. Jika ternampak
terang lagi bersuluh bahawa Ayat Tokoh yang dicadangkan                 batang kayu yang sedang hanyut, orang yang sedang
oleh pelopor Pendekatan Tunjang memudahkan murid/                       lemas itu akan memaut pada batang kayu itu.
pelajar untuk berfikir.                                                 	 Dengan erti kata lain, sesiapa sahaja yang lemas
	 Berdasarkan soalan contoh yang dikemukakan                            akan menggapai apa-apa sahaja demi kelangsungan
oleh penulis pada bulan lalu, mari kita cuba membina                    hidup. Keadaan yang sama akan dihadapi oleh penulis
Ayat Tokoh yang relevan. Soalan contoh tersebut ialah                   ketika menulis perenggan pendahuluan. Ketika idea
‘‘Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah                        semakin menyusut, penulis yang tidak mempunyai
untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan                       mekanisme penulisan seperti Pendekatan Tunjang akan
pengangkutan awam”. (Lihat Jadual 1).                                   terkial-kial. Apa-apa sahaja idea yang terlintas sama ada
                                                                        relevan ataupun tidak dengan soalan, akan ditulis untuk
Jadual 1 Ayat Tokoh dalam pendahuluan karangan.                         mencukupkan jumlah baris.
                                                                        	 Akan tetapi, bagi seseorang penulis yang berpegang
Dominan soalan : Pengangkutan awam                                      pada Pendekatan Tunjang, masalah sedemikian tidak
                                                                        akan terjadi. Ketika idea semakin menyusut, Ayat Sejarah
AYAT BINAAN TAKRIFAN                 AYAT BINAAN EHWAL                  akan terlintas dalam fikiran. Ayat Sejarah ialah ayat yang
                                                                        mempunyai penanda sejarah. Antara penanda sejarah
Ayat Contoh:                         Ayat Contoh:                       termasuklah “pada masa dahulu”, “beberapa dekad lalu”,
                                                                        “pada era pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ...”,
Pengangkutan awam merupakan          Pengangkutan awam bukan sahaja     dan “sebelum kemerdekaan”. Penanda sejarah adalah
satu fasilitet yang disediakan oleh  melibatkan pengangkutan darat,     untuk memudahkan cetusan idea tentang kisah lampau.
kerajaan untuk kemudahan rakyat.     malah kemudahan ini merangkumi     Daripada kisah lampaulah akan tercetusnya idea untuk
                                     pengangkutan air dan pengangkutan  membina Ayat Sejarah.
                                     udara.                             	 Penanda sejarah boleh hadir pada permulaan Ayat
                                                                        Sejarah atau pada pengakhiran ayat Ayat Sejarah. Dengan
Ayat Contoh:                         Ayat Contoh:                       menggunakan soalan contoh yang sama, mari kita kaji
                                                                        Ayat Sejarah yang dibina seperti dalam Jadual 2.
Pengangkutan awam yang juga          Sistem pengangkutan awam yang      Jadual 2 Ayat Sejarah dalam pendahuluan karangan.
ditakrifkan sebagai transit awam     baik menjadi penunjuk penting
merangkumi segala sistem             pelaksanaan tanggungjawab oleh      Soalan:
pengangkutan bagi membolehkan        kerajaan yang memerintah.
penumpang tidak bergerak                                                 Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggalakkan
menggunakan kenderaan sendiri.                                           orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam.

AYAT CONTOH                                                              DOMINAN: Pengangkutan awam

Ayat Contoh:                                                             AYAT SEJARAH

Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook menyeru rakyat         Ayat Contoh 1:
supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan beban
kewangan rakyat.                                                         Pada masa dahulu, pengangkutan awam hanya terhad kepada bas dan
                                                                         teksi sahaja.

                                                                         Ayat Contoh 2:

                                                                         Kerajaan mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti
                                                                         pengangkutan awam sejak beberapa dekad yang lalu.

							                                                                 		  BIL. 3 2020 15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22