Page 18 - Dewan Bahasa 3 2020
P. 18

BAHASA DAN PENULISAN                                                    	 Berdasarkan Ayat Contoh 3, penanda semasa “kini”
                                                                          diletakkan pada pangkal ayat. Dalam Ayat Contoh 4 pula,
	 Berdasarkan Ayat Contoh 1, penanda sejarah “pada                        penanda semasa “sejak akhir-akhir ini” diletakkan pada
masa dahulu” diletakkan pada pangkal ayat. Dalam Ayat                     penghujung ayat. Murid/pelajar boleh mempelbagaikan
Contoh 2 pula, penanda sejarah “beberapa dekad yang                       pembinaan Ayat Semasa mengikut kehendak sendiri.
lalu” diletakkan pada penghujung ayat. Murid/pelajar yang                 	 Mari kita gabungkan ayat-ayat yang telah dibina
mahir menggunakan Ayat Sejarah seolah-olah orang yang                     sebelum ini, iaitu Ayat Binaan Takrifan, Ayat Binaan
berada di laut dengan memakai pelampung keselamatan.                      Ehwal, Ayat Tokoh, Ayat Sejarah, dan Ayat Semasa.
Orang itu tidak akan lemas sama sekali.                                   (Lihat Jadual 4).
	 Jika Ayat Sejarah mempunyai penanda sejarah, Ayat
Semasa pula tentulah mempunyai penanda semasa.                            Jadual 3 Ayat Binaan Takrifan, Ayat Binaan Ehwal, Ayat
Antara contoh penanda semasa yang dimaksudkan                             Tokoh, Ayat Sejarah, dan Ayat Semasa dalam pendahuluan
termasuklah “pada masa ini”, “kini”, “belakangan ini”,                    karangan.
“pada abad ini”, dan “pada era globalisasi ini”. Penanda
semasa ini boleh diletakkan pada pangkal Ayat Semasa                       Soalan:
atau pada penghujung Ayat Semasa.
	 Fungsi Ayat Semasa adalah sama dengan fungsi Ayat                        Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggalakkan
Sejarah, iaitu sebagai “pelampung ketika berada di laut”.                  orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam.
Kegagalan guru memahamkan murid/pelajar tentang Ayat
Sejarah dan Ayat Semasa ketika mengajarkan penulisan                       DOMINAN: Pengangkutan awam
bagaikan meletakkan seseorang di tengah-tengah lautan
luas tanpa pelampung keselamatan.                                          AYAT BINAAN TAKRIFAN
	 Dengan menggunakan soalan contoh yang sama, mari
kita kaji Ayat Semasa yang dibina ini. (Lihat Jadual 3). 	                 Pengangkutan awam merupakan satu fasilitet yang disediakan oleh
Jadual 3 Ayat Semasa dalam pendahuluan karangan.                           kerajaan untuk kemudahan rakyat.
 Soalan:
 Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk menggalakkan         AYAT BINAAN EHWAL
 orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam.
 DOMINAN: Pengangkutan awam                                                Pengangkutan awam bukan sahaja melibatkan pengangkutan darat, malah
 AYAT SEMASA                                                               kemudahan ini merangkumi pengangkutan air dan pengangkutan udara.

 Ayat Contoh 3:                                                            AYAT TOKOH
 Kini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan
 pelbagai jenis pengangkutan awam untuk keselesaan rakyat.                 Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook menyeru rakyat
                                                                           supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan beban
 Ayat Contoh 4:                                                            kewangan rakyat.
 Penggunaan pengangkutan awam lebih diutamakan oleh masyarakat di
 Malaysia berbanding penggunaan kenderaan persendirian sejak akhir-akhir   AYAT SEJARAH
 ini.
                                                                           Pada masa dahulu, pengangkutan awam hanya terhad kepada bas dan
                                                                           teksi sahaja.

                                                                           AYAT SEMASA

                                                                           Kini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan
                                                                           pelbagai jenis pengangkutan awam untuk keselesaan rakyat.

                                                                          	 Ada satu lagi jenis ayat yang akan kita pelajari
                                                                          untuk melengkapkan perenggan pendahuluan dengan
                                                                          menggunakan Pendekatan Tunjang. Kita
                                                                          tunggu siri akan datang. DB

                                                                            Penulis bertugas sebagai Nazir Kanan
                                                                            Bahasa Melayu di Jemaah Nazir
                                                                            Kementerian Pendidikan Malaysia.
                                                                            Beliau telah menghasilkan 147 buah buku
                                                                            karangan termasuk lima siri buku SAKURA yang
                                                                            menggunakan Pendekatan Tunjang sepenuhnya. Beliau
                                                                            bergerak ke seluruh negara untuk memperkenalkan
                                                                            Pendekatan Tunjang dalam penulisan kepada semua guru
                                                                            dan pelajar.

16 			 BIL. 3 2020
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23