Page 62 - Dewan Bahasa 3 2020
P. 62

BAHASA DAN PENDIDIKAN                                         Bagi guru yang mengajar
                                                                pada peringkat sekolah
dengannya. Penguasaan “Kandungan Kurikulum” merujuk             rendah, mereka perlu jelas
penguasaan guru terhadap kandungan DSKP mata                    tentang kandungan DSKP
pelajaran Bahasa Melayu yang diajar pada peringkat guru         bagi Tahap Satu dan Tahap
terlibat.                                                       Dua. Di samping itu, guru
	 Bagi menguasai kandungan kurikulum, guru Bahasa               juga perlu berkebolehan
Melayu perlu membaca keseluruhan kandungan kurikulum,           membuat banding beza
mencerakinkan kandungan dan menguasai aspek-aspek               aspek persamaan dan
kandungan serta kemahiran bahasa yang disasarkan                perbezaannya.
supaya dapat memahami konsep asas dan keperluannya.
Berdasarkan maklumat dalam KSSR, PdP, guru akan            	 Huraian setiap satu elemen tersebut bagi menambahkan
terarah dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam           kefahaman adalah seperti yang berikut:
pengajaran bahasa sekiranya mereka mampu menguasai
DSKP tersebut.                                                •	 Matlamat Kurikulum merujuk pengetahuan guru
	 Bagi guru yang mengajar pada peringkat sekolah                terhadap matlamat kurikulum Bahasa Melayu, iaitu
rendah, mereka perlu jelas tentang kandungan DSKP               membolehkan murid-murid berkeyakinan dalam
bagi Tahap Satu dan Tahap Dua. Di samping itu, guru             berbahasa dan berkomunikasi untuk pengetahuan,
juga perlu berkebolehan membuat banding beza aspek              ilmu, maklumat dan idea bagi memenuhi keperluan
persamaan dan perbezaannya. Hal ini bermakna, guru              diri, perhubungan sosial dan urusan kehidupan.
perlu memiliki pengetahuan mendalam tentang kandungan           Oleh itu, pengajaran guru, perlu berfokus kepada
DSKP Bahasa Melayu. Umpamanya, guru Bahasa                      matlamat ini.
Melayu Tahap 1 perlu memahami kandungan kurikulum
dan elemen yang terkandung dalamnya, iaitu standard           •	 Objektif Kurikulum merujuk pengetahuan guru
kandungan dan standard pembelajaran serta standard              terhadap objektif kurikulum Bahasa Melayu yang
prestasi. Aspek berkaitan dengan kemahiran bahasa,              menekankan kemahiran berbahasa berteraskan
aspek seni bahasa, aspek tatabahasa dan pengisian               kemahiran mendengar, bertutur, menulis dan
kurikulum juga perlu berada di hujung jari guru.                membaca. Kemahiran tersebut dinyatakan secara
	 Pada umumnya, kandungan KSSR 2016 bagi Bahasa                 jelas dalam Standard Kandungan dan Standard
Melayu peringkat sekolah rendah, melibatkan beberapa            Pembelajaran. Oleh itu, sepanjang pengajaran
aspek yang perlu diketahui guru semasa melaksanakan             guru perlu memastikan objektif yang ditetapkan
pengajaran. Terdapat sepuluh elemen yang ditekankan             tercapai dan memenuhi keperluan KSSR Bahasa
dalam kandungan KSSR bagi mata pelajaran Bahasa                 Melayu. Pencapaian objektif tidak akan berhasil
Melayu (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016) yang             tanpa guru membuat perancangan rapi.
perlu dikuasai guru. Elemen tersebut adalah seperti rajah
yang berikut:                                                 •	 Kerangka KSSR, iaitu guru perlu jelas bahawa
                                                                kerangka KSSR dibina berasaskan enam
Rajah Sepuluh Elemen dalam Kandungan Kurikulum                  tunjang yang terdiri daripada (1) Komunikasi, (2)
Standard Sekolah Rendah.                                        Kerohanian, Sikap dan Nilai, (3) Kemanusiaan,
                                                                (4) Keterampilan Diri, (5) Perkembangan Fizikal
                                                                dan Estetika, dan (6) Sains dan Teknologi. Oleh
                                                                itu, semasa pengajaran elemen enam tunjang ini
                                                                perlu disepadukan berdasarkan keperluan PdP
                                                                dalam situasi yang bersesuaian supaya matlamat
                                                                KSSR tercapai.

60 			 BIL. 3 2020
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67