Page 15 - Dewan Bahasa Oktober 2020
P. 15
“BAHASAKU JIWAKUâ€- MEMOIR PENCINTA BAHASA
Sesudah beberapa bulan barulah kami
diminta membeli buku tulis yang berbaris tiga
untuk latihan menulis huruf menurut bentuk
dan saiz yang betul. Dengan latihan itu,
tulisanku hingga di sekolah menengah dapat
dikatakan cantik dan kemas. Namun, apabila
di universiti, tulisan dihasilkan dengan cepat
untuk mengambil nota pensyarah. Kesannya,
tulisanku mula kurang kemas dan akhirnya
aku kehilangan seni menulis cantik.
Guru darjahku semasa di darjah satu
ialah Cikgu Bujang Ahmad. Baru beberapa
puluh tahun kemudian kuketahui bahawa
beliau ialah ayah Profesor Rahmah Bujang,
ahli seni teater di Universiti Malaya. Cikgu
Bujang tinggi lampai orangnya, bersongkok
miring, menghisap paip dan juga rokok daun
berisi tembakau. Orangnya lemah lembut,
tidak garang dan bersikap seperti bapa kepada
kami sekelas. Beliaulah orang pertama yang Penulis (baris pertama, ketiga dari kiri) di hadapan Guru Besar
menjadikan aku celik huruf dan celik angka. Sekolah Kebangsaan Teluk Kerang, Pontian, Cikgu Kumasi Dainuri
Beransur-ansur sesudah mahir menulis yang juga penulis.
abjad A hingga Z, dalam bentuk huruf besar
dan huruf kecil, Cikgu Bujang mengajar
kami merangkaikan huruf-huruf menjadi kata.
Ketika itu dua bentuk tulisan diperkenalkan,
iaitu tulisan sambung dan tulisan satu-satu.
Tulisan sambung bererti bahawa huruf-huruf
dirangkaikan hingga menjadi kata, sementara
tulisan satu-satu bererti setiap huruf ditulis
terpisah dalam sesuatu patah kata.
Selain tulisan Rumi, tulisan Jawi turut
diajarkan kepada kami. Itulah asas penguasaan
menulis dan membaca Jawi yang kemudian
dikukuhkan seterusnya hingga darjah enam.
Kemahiran Jawiku diperteguh dengan aku
menghadiri “sekolah petangâ€, iaitu sekolah
agama yang wajib dihadiri oleh murid di negeri
Johor. Pada sebelah pagi, kami bersekolah
kebangsaan dan pada sebelah petang pula,
bersekolah agama selenggaraan Jabatan
Agama Johor. Di Sekolah Agama Teluk Kerang. Penulis (baris tengah, nombor
Kebiasaannya, apabila masuk ke darjah lima dari kanan) mendapat peneguhan bahasa, khasnya ilmu agama
tiga sekolah kebangsaan, kanak-kanak di Johor bertulisan Jawi.
didaftarkan masuk ke darjah sekolah agama.
Namun, ada juga yang berdaftar lewat hingga di pertama aku mengenal cerita dalam bentuk tulisan. Cerita
dalam kelas agama itu muridnya berlainan usia. Sambil itu, dalam bentuk lisan telah biasa kudengar kerana ayahku
kami diajar membaca, dengan kaedah mengikut bacaan rajin bercerita pada malam hari, sambil menggulung rokok
guru berdasarkan buku teks. daun untuk bekalan ke kebun pagi esoknya.
Pelajaran pertama yang masih kuingat berkaitan Minatku berputik kepada bahasa melalui pengajaran
dengan pasu bunga. Ayat tunggal seperti “Ini pasu bungaâ€,
“Bunga ini cantik†dan yang lain akhirnya kami hafal. Cikgu Bujang. Rasa ingin tahu tentang apakah yang
Daripada teks fakta seperti itu, buku teks beransur-ansur tekandung dalam bahan bacaan menjadi dorongan untukku
memperkenalkan teks berbentuk cerita mudah. Itulah kali menguasai pembacaan dengan baik. Alhamdulillah,
BIL. 10 2020 13