Page 20 - Dewan Bahasa Oktober 2020
P. 20
BAHASA DAN PENULISAN
Oleh MOHD SALLEH HAJI HASSAN (MUNSYI DEWAN)
PEPNDeEnKuATliAdsalNaamnTU(SNiriJ1A0N) G
Perenggan Isi
(SUSUNAN AYAT DALAM PERENGGAN – AYAT HURAIAN)
Sesebuah karangan lengkap mesti mempunyai
tiga segmen, iaitu satu perenggan pendahuluan,
beberapa perenggan isi, dan satu perenggan
penutupan. Ketiga-tiga jenis perenggan ini
mesti ditulis secara seimbang. Perkataan seimbang
merujuk baris bagi setiap perenggan itu mesti sama
jumlahnya.
Bagi karangan Bahagian A PT3, jumlah baris
bagi setiap perenggan itu cukup sekadar tiga
atau empat baris, manakala bagi Karangan B
PT3 pula, jumlah baris bagi setiap perenggan
hendaklah mencapai sepuluh baris. Bagi
Karangan A SPM, standardnya adalah
sama dengan Karangan B PT3, iaitu
sebanyak sepuluh baris bagi setiap
perenggan. Bagi Bahagian B SPM
pula, pelajar perlu menulis sebanyak
15 baris atau 16 baris bagi setiap
perenggan.
Penulis amat maklum
bahawa bukan semua pelajar
yang berkemampuan menulis
karangan sepanjang itu bagi
setiap perenggan, terutama bagi
perenggan dalam Karangan B
PT3 atau Bahagian B SPM. Prinsip
penting dalam penulisan karangan
bagi tujuan mendapat skor tinggi ialah
setiap perenggan mesti sama panjang.
Oleh itu, para guru perlu meletakkan
kayu ukur terhadap keupayaan pelajar
masing-masing.
Hal ini bermakna, sebahagian pelajar
mungkin boleh ditetapkan supaya mereka menulis
18 BIL. 10 2020