Page 21 - Dewan Bahasa Oktober 2020
P. 21

BAHASA DAN PENULISAN

sebanyak sepuluh baris bagi setiap perenggan, manakala      Jadual Penggunaan Format GG–GG untuk Membuat
sebahagian murid yang lain boleh ditetapkan supaya            Huraian dalam Perenggan Isi.
mereka menulis sejumlah baris yang kurang sedikit
berdasarkan kemampuan sendiri. Pada masa yang sama,         Lajur                                Perkara
usaha perlu dilakukan oleh para guru supaya semua            1.
pelajar berkemampuan menulis perenggan yang panjang                Soalan: Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
seperti yang telah dinyatakan tadi.                          2.              wujudnya semangat patriotik dalam diri.
	 Setelah kita mengulang kaji Pendekatan Tunjang
yang berkaitan dengan kepentingan pemerengganan                    Semangat patriotik wujud dalam diri dalam diri seseorang berpunca
yang seimbang, mari kita fokus pada perenggan isi                  daripada pembacaan. Sebagai contohnya, seseorang yang
secara khusus. Dalam perenggan isi, terdapat empat jenis           membaca novel patriotik akan berasa dirinya bersemangat untuk
ayat yang perlu dikuasai oleh pelajar. Ayat-ayat tersebut          mempertahankan negara daripada serangan musuh. Seseorang
antaranya termasuklah Ayat Jawapan, Ayat Contoh, Ayat              yang suka membaca secara terperinci akan menyebabkan
Huraian, dan Ayat Simpul.                                          dirinya berada dalam situasi seperti yang dikisahkan dalam novel
	 Empat jenis ayat bukan bermaksud empat ayat sahaja               yang dibacanya. Pelajar yang membaca novel Leftenan Adnan,
kerana empat jenis ayat itu boleh dijadikan lebih daripada         misalnya akan menggambarkan dirinya berada dalam suasana
empat ayat. Ayat Jawapan mesti satu ayat sahaja. Ayat              perang untuk mempertahankan negara. Oleh itu, semangat
Jawapan yang lebih daripada satu ayat dalam perenggan              patriotik yang digambarkan melalui peristiwa dalam sesebuah
yang sama akan menyebabkan gangguan kepada pelajar                 novel sungguh berkesan untuk menyemarakkan semangat
untuk membuat huraian.                                             pembaca bagi mencintai negara.
	 Ayat Contoh perlu ditulis satu ayat sahaja. Ayat yang
banyak terdapat pada Ayat Huraian. Kebiasaannya Ayat        3. KEDUDUKAN AYAT          AYAT                   JAWAPAN
Huraian akan ditulis sebanyak tiga ayat atau empat ayat
berdasarkan kemampuan pelajar. Ayat Simpul pula wajib                                  Semangat
ditulis satu ayat sahaja. Panjang atau pendek sesuatu
perenggan bergantung pada Ayat Huraian. Oleh itu,                                      patriotik wujud
pelajar perlu menguasai kaedah tertentu untuk menulis
Ayat Huraian dengan baik.                                   4.     Ayat 1 – Ayat       dalam diri dalam       Pembacaan.
	 Sekarang mari kita berikan tumpuan pada Ayat
Huraian. Penulis memperkenalkan Format GG–GG bagi                  Jawapan (GANJIL) diri seseorang
memudahkan pelajar membuat huraian dalam perenggan
isi. GG–GG bermaksud “GENAP GENAP–GANJIL                                               berpunca daripada
GANJIL”. Seperti yang telah dijelaskan, ayat pertama
                                                                                       pembacaan.
dalam perenggan isi ialah Ayat Jawapan.
	 Ayat Jawapan berada pada kedudukan pertama,               5. KEDUDUKAN AYAT          AYAT                   CONTOH
iaitu bernombor ganjil. Ayat Contoh pula berada pada
kedudukan yang kedua dalam perenggan isi, iaitu             6.     Ayat 2 – Ayat       Sebagai contohnya,     Membaca novel
bernombor genap. Bersumberkan kedua-dua ayat inilah,               Contoh (GENAP)      seseorang yang         patriotik.
pelajar akan dapat menulis Ayat Huraian dengan mudah                                   membaca novel
kerana idea sudah ada di hadapan mata mereka.                                          patriotik akan
	 Ayat Huraian pertama berada pada kedudukan ketiga                                    berasa dirinya
dalam perenggan itu, iaitu pada kedudukan ganjil. Ayat                                 bersemangat untuk
Huraian pertama ini perlu mendapat rujukan daripada ayat                               mempertahankan
yang berada pada kedudukan pertama bagi menepati                                       negara daripada
konsep GANJIL GANJIL. Seterusnya, Ayat Huraian kedua                                   serangan musuh.
yang berada pada kedudukan keempat perlu bersumberkan
Ayat Contoh yang berada pada kedudukan kedua bagi           7. KEDUDUKAN AYAT          AYAT                   HURAIAN
menepati konsep GENAP GENAP.
	 Keadaan ini akan berterusan hingga pelajar                                           Seseorang yang
menyelesaikan penulisan bagi perenggan tersebut. Walau
bagaimanapun, Ayat Simpul, iaitu ayat terakhir dalam                                   suka membaca
perenggan isi tidak tertakluk pada konsep ini kerana Ayat
Simpul mesti bersumberkan Ayat Jawapan. Jadual yang                                    secara terperinci
dipaparkan akan memudahkan para guru dan pelajar
memahami konsep GG–GG.                                             Ayat 3 – Ayat       akan menyebabkan
                                                                   Huraian 1 (GANJIL)
                                                            8.                         dirinya berada         Membaca.

                                                                                       dalam situasi seperti

                                                                                       yang dikisahkan

                                                                                       dalam novel yang

                                                                                       dibacanya.

                                                                                       Pelajar yang

                                                                                       membaca novel
                                                                                       Leftenan Adnan,

                                                                                       misalnya akan          Novel Leftenan
                                                                                                              Adnan.
                                                            9.     Ayat 4 – Ayat       menggambarkan

                                                                   Huraian 2 (GENAP) dirinya berada

                                                                                       dalam suasana

                                                                                       perang untuk

                                                                                       mempertahankan

                                                                                       negara.

							                                                            		                                         BIL. 10 2020 19
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26