Page 56 - Dewan Bahasa Oktober 2020
P. 56

BAHASA DAN PENDIDIKAN

Empirisisme pula                                           	 Apakah empirisisme dan rasionalisme? Kedua-duanya
menegaskan bahawa                                          merupakan konsep falsafah yang diterapkan dalam
ilmu dan kefahaman ialah                                   kehidupan manusia, termasuk politik, ekonomi, kerajaan,
bersumberkan pengalaman,                                   pendidikan, dan linguistik. Asas utama yang menyuburkan
khususnya pengalaman                                       perkembangan kedua-dua konsep berkenaan ialah isu
pancaindera.                                               susur galur pemerolehan ilmu sama ada melalui minda
                                                           ataupun pancaindera.
zaman linguistik yang bersadur falsafah. Hal ini demikian  	 Rasionalisme mempunyai tradisi yang panjang.
kerana Zaman Pembaharuan ditunjangi oleh empirisisme,      Konsep ini dikatakan seusia dengan Plato, ikon yang sering
sedangkan Zaman Pasca-Pembaharuan (abad ke-17) pula        dijadikan paradigma rujukan. Pada zaman moden, setelah
diresapi oleh rasionalisme. Yang lebih menarik ialah sama  kawalan gereja terhadap pemikiran semakin melemah,
ada empirisisme mahupun rasionalisme, masing-masing        banyak orang yang percaya bahawa ilmu dan kebenaran
mempunyai cabang-cabang aliran, sebagaimana dalam          boleh diperoleh melalui penggunaan akal rasional
rajah.                                                     semata-mata dengan mengetepikan wahyu, emosi dan
                                                           perasaan. Rene Decartes, Spinoza dan Leibniz merupakan
Empirisisme   Rasionalisme                                 tokoh penting rasionalisme.
                                                           	 Empirisisme pula menegaskan bahawa ilmu dan
Struktural             Transformasi-                       kefahaman ialah bersumberkan pengalaman, khususnya
Fungsional                generatif                        pengalaman pancaindera. Dengan demikian, empirisisme
                                                           merupakan reaksi penolakan falsafah terhadap
 Sistemik                 Relativiti                       rasionalisme. Jika rasionalisme mengagung-agungkan
                           bahasa                          akal rasional, empirisisme pula sebaliknya mengangkat
                                                           pengalaman pancaindera. Selain itu, rasionalisme
Stratifikasi                                               dikembangkan oleh ahli falsafah Perancis, Belanda dan
                                                           Jerman, manakala empirisisme pula disuburkan oleh ahli
                  Tagmemik                                 falsafah Inggeris, seperti John Locke, George Berkeley,
                                                           David Hume, dan John Stuart Mill.
Rajah Cabang-cabang Aliran Linguistik Empirisme dan        	 Begitu juga halnya dengan pelopor aliran
Rasionalisme.                                              transformasi–generatif, iaitu Noam Chomsky yang masih
                                                           berkhidmat di Massachusetts Institute of Technology (MIT),
                                                           Boston, Amerika Syarikat. Beliau bukan sahaja merupakan
                                                           seorang ahli linguistik, tetapi juga seorang ahli falsafah, ahli
                                                           sains kognitif dan pengkritik politik. Beberapa pemikiran
                                                           linguistik beliau yang terkenal, seperti tatabahasa universal
                                                           dan tatabahasa transformasi–generatif memanfaatkan
                                                           falsafah sebagai sumber epistemologinya.

                                                            	 Aliran Marxisme turut meninggalkan pengaruh
                                                           epistemologi terhadap perkembangan linguistik moden
                                                           pada penghujung tahun 1990-an, khususnya subbidang
                                                           analisis wacana kritis. Dalam hubungan ini, Antonio
                                                           Gramsci, misalnya telah mengetengahkan idea hegemoni
                                                           budaya mengikut acuan Marxisme untuk menganalisis
                                                           cara kelas kapitalis yang memerintah mewujudkan dan
                                                           mengekalkan kawalan mereka terhadap kelas yang
                                                           diperintah.
                                                           	 Idea ini mencadangkan bahawa terdapat manipulasi,
                                                           seperti kepercayaan dan penginterpretasiannya, persepsi,
                                                           nilai, dan sebagainya, oleh kelas pemerintah terhadap
                                                           budaya masyarakat yang diperintah, supaya pandangan
                                                           semesta kelas ini yang tersirat dalamnya sifat paksaan
                                                           diterima sebagai norma budaya dan ideologi universal
                                                           yang dominan. Idea ini juga menganjurkan bahawa status
                                                           sosial, politik dan ekonomi sebagai semula jadi dan tidak

54 			 BIL. 10 2020
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61