Page 16 - DEWAN BAHASA DISEMBER 2020
P. 16
“BAHASAKU JIWAKUâ€- MEMOIR PENCINTA BAHASA
Buku Catatan Ringkas Antologi Puisi Siswa penerbitan antologi sajak yang berjudul Tangismu Tangisku
Sejarah Kebudayaan 1974. Jua dalam bentuk stensilan untuk edaran di kampus.
Melayu. Pada tahun ketiga pengajianku, iaitu tahun 1975,
terbit tiga buah rencana, iaitu “Sosialisasi: Proses
Dua buah rencana lain terbit dalam akhbar Gemasiswa, Melengkapkan Manusia†dalam Dewan Masyarakat Jun
iaitu “Ke Mana Kritik Sastera Hendak Dibawa†(keluaran 1975, “Penyesuaian dalam Hidup†dalam majalah Santajiwa
Ogos, 1974) dan “Penulisan Sajak di Malaysia – Satu September/Oktober 1975 dan “Sastera Melayu Mesti
Panceroba yang Pahit†(keluaran Oktober 1974). Selain Berdasarkan Unsur Islam†dalam akhbar Berita Harian,
itu, sebagai hasil Kursus Penulisan Kewartawanan dan 22 November 1975. Itulah kali pertama rencanaku
Penulisan Kreatif, aku dan jawatankuasa mengusahakan tembus di akhbar perdana, selain rencana singkat yang
terbit dalam Utusan Pelajar pada tahun 1969 ketika aku
di tingkatan empat. Pada tahun itu juga, aku dan beberapa
orang rakan mengumpulkan sajak dan menyusunnya
menjadi antologi yang diterbitkan oleh DBP pada tahun
1975 dengan judul Puisi Siswa.
Pada tahun keempat pengajianku, iaitu tahun
1976, dua rencanaku terbit, iaitu “Hubungan Teori
Pemelajaran Dengan Bilik Darjah†dalam Dewan
Masyarakat bulan Mei 1976 dan “Tafsiran Sastera dan
Budaya yang Mengelirukan†dalam majalah Sarina,
jilid 1, bilangan 8. Pada tahun 1976 itu juga kali pertama
aku menyusun buku yang merupakan esei-esei terbaik
mahasiswa dalam kursus Historiograf Melayu Tradisional
yang dikuliahkan oleh Dr. Mohd. Yusof Hashim (kemudian
Profesor dan Profesor Emeritus Datuk). Buku itu berjudul
Jun 1975. Catatan Ringkas Sejarah Kebudayaan
Mei 1976. Melayu terbitan TAT yang turut menampung
dua buah eseiku dan juga pengenalan
tulisanku sebagai penyelenggara.
Pada tahun keempat, iaitu tahun akhir
pengajianku, enam buah rencana dapat
kuhasilkan. Rencana berjudul “Fungsi dan
Kedudukan ‘kah’ dalam Struktur Interogatif
Bahasa Melayu†terbit dalam majalah Dewan
Bahasa keluaran Julai 1977. Itulah kali
pertama rencanaku terbit dalam majalah
pertama dan berprestij terbitan DBP, iaitu
majalah yang terbit kali pertama pada bulan
September 1957, setahun sesudah DBP
ditubuhkan. Itulah juga rencana pertamaku
dalam bidang linguistik yang menjadi bidang
pengkhususanku pada tahun akhir pengajian
di UKM dan kemudian menjadi bidang utamaku
dalam kerjaya.
14 BIL. 12 2020