Page 36 - Dewan Bahasa 6 2020
P. 36
“TEMU BUAL BAHASA
Oleh RITAH YAHAYA DAN SITI NUR HIDAYAH OTHMAN BAKAR
“Kartunis
bertanggungjawab
mempamerkan
bahasa yang baik
dan betul.
B aru-baru ini, Sidang Editor Dewan Bahasa (DB) berpeluang menemu bual kartunis dan penggiat
seni budaya serba boleh, Yusof Mat Hashim atau Pak Kojek. Ikuti temu bual Sidang Editor DB
bersama-sama beliau yang lebih separuh abad mewarnai dunia seni kartun di Malaysia.
DB : Bolehkah tuan ceritakan tentang latar menyusun dan menggantung surat khabar
belakang tuan? di rak yang disediakan.
Terdapat lima buah surat khabar yang
YMH : Saya mempunyai tujuh orang adik-beradik. terkenal pada waktu itu, antaranya termasuklah
Dalam kalangan adik-beradik yang berminat Straits Echo, Warta Negara, Berita Harian,
dengan seni budaya hanyalah saya dan abang Straits Times, dan Utusan Melayu. Saya akan
saya, Omar Mat Hashim atau OMARA (Tokoh membuka semua surat khabar tersebut untuk
Seni Budaya Pulau Pinang 2016 dan Tokoh melihat gambar, reka letak dan reka bentuk
Warisan Kebangsaan Orang Hidup (Wakoh) yang menarik. Antara akhbar tersebut, Utusan
2018). Melayulah yang mengujakan saya kerana
menyediakan ruangan yang paling saya minati,
DB : Bagaimanakah minat melukis kartun timbul? iaitu komik.
Ruangan komik pada masa itu menyiarkan
YMH : Saya meminati seni melukis kartun, bercerita kartun Nancy oleh Ernie Bushmiller, Tarzan
dan berjenaka sejak kecil. Minat saya terhadap dan Dick Tracy. Disebabkan seronok melihat
bidang seni timbul sebelum saya masuk ke alam kartun Nancy yang ringkas, maka timbul minat
persekolahan lagi. Sewaktu tinggal di kuarters untuk belajar melukis kartun. Disebabkan minat
Telekom di Butterworth, di hadapan rumah saya yang mendalam, saya meminta izin Abang
ialah Kelab UMNO Mata Kucing (kini, Bagan). Mad untuk membawa beberapa naskhah surat
Saya suka membantu kerja seorang kerani khabar lama ke rumah untuk menunjukkan
di pejabat kelab itu, Ahmad Abu Bakar untuk kartun yang disiarkan kepada ibu saya.
34 BIL. 6 2020

