Page 43 - Dewan Bahasa 6 2020
P. 43

Maujud secara empiris ialah kenyataan yang boleh                               BAHASA DAN FALSAFAH
dicerap menerusi pancaindera; maujud secara rasional
pula ialah satu kesimpulan yang terbit daripada analisis      	 Berdasarkan sains, maksudnya ialah kebenaran yang
logikal terhadap premis. Maujud secara fizikal pula dapatlah  diterbitkan daripada analisis dan uji kaji eksperimental di
dikatakan seerti dengan kenyataan empiris; manakala           makmal. Analisis dan uji kaji tersebut ditopang oleh teori,
kenyataan metafizikal lazimnya diterbitkan daripada           data dan tatakaedah penyelidikan berbantukan teknologi
penakulan yang bermantik, selain terhasil daripada            moden untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih kemas
pernyataan yang diwahyukan.                                   dan jitu.
	 Kedua, kebenaran dalam konteks kini mesti                   	 Fakta yang selari dengan kenyataan, selain ditopang
berasaskan sains bukan mitos atau agak-agakan. Sejak          pula dengan penemuan yang bersifat saintifik harus
penularan SARS-CoV-2, terlalu banyak penyebaran               menjadi pertimbangan kebenaran pada era COVID-19.
pendapat yang tidak berasaskan sains. Tidak perlulah          Akan tetapi, di manakah peranan bahasa? Mudah sahaja
disebutkan contohnya kerana penulis yakin bahawa para         jawapannya, yakni sebagai alat yang menyalurkannya.
pembaca sedia mengetahuinya.                                  Fakta yang selari dengan kenyataan ialah penerusan idea
                                                              positivisme logik (logical positivism) yang menegaskan
                                                              bahawa makna mesti berasaskan realiti yang tampak,
                                                              bukan realiti metafizikal. Maksudnya, makna yang bersifat
                                                              konkrit dan dapat dicerap oleh pancarindera.
                                                              	 Kebenaran yang berasaskan sains juga berpangkal
                                                              pada idea positivisme logik, khususnya mengenai faham
                                                              reduksionisme. Akan tetapi, lagi sekali kita perlu bertanya
                                                              adakah sekadar itu falsafah bahasanya? Atau, adakah
                                                              falsafah bahasa pada zaman COVID-19 akan berhujung
                                                              pada kebungkaman seperti yang dinukilkan oleh Giorgio
                                                              Agamben mengenai pengalaman para mangsa yang
                                                              terselamat daripada kem konsentrasi Nazi Jerman dalam
                                                              Remnant of the Auschwitz?
                                                              	 Menurut Agamben, pengalaman, kengerian dan
                                                              kekosongan ketika berada di dalam kem Auschwitz tidak
                                                              pernah dapat diungkapkan. Hal ini demikian kerana apa-
                                                              apa pengungkapan mengenainya tidak pernah tiba pada
                                                              kebenaran. Maka, dalam keadaan ini, kebenaran dalam
                                                              bahasa ialah kediaman.
                                                              	 Dalam konteks ini juga terbit kebiasaan baharu kesan
                                                              daripada pandemik COVID-19 yang merujuk kebenaran
                                                              yang didiamkan oleh si pengalaminya. Hakikatnya,
                                                              kebenaran adalah untuk saya, dan hanya saya seorang.
                                                              Jikalau saya mengungkapkannya pun, orang lain tidak
                                                              boleh memahaminya. Hal ini demikian kerana mereka
                                                              juga mempunyai kebenaran yang mereka diamkan.
                                                              	 Bukankah falsafah bahasa yang berhujung pada
                                                              kediaman itu lebih menampakkan keaslian? Hal ini
                                                              demikian kerana pada era COVID-19, semua manusia
                                                              mempunyai ketakutan masing-masing, sama ada
                                                              ketakutan pada fizikal akibat dijangkiti oleh wabak
                                                              tersebut, mahupun ketakutan psikologi kesan terkurung
                                                              di rumah dan penjarakan sosial. Maka,
                                                              berdiam diri itu dan di rumah pula, ialah
                                                              pengungkapan kebenaran yang sangat
                                                              ampuh. DB

                                                                Dr. Mohd Tarmizi bin Hasrah ialah pensyarah
                                                                di Pusat Pengajian Tamadun dan Falsafah,
                                                                Universiti Utara Malaysia. Beliau mengkhusus
                                                                dalam bidang dialektologi, linguistik sejarawi dan linguistik
                                                                bahasa Melayu.

							                                                       		  BIL. 6 2020 41
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48