Page 63 - Dewan Bahasa 6 2020
P. 63

Menurut Za‘ba, pantun ialah kaedah rangkapan yang                          BAHASA DAN SASTERA
tertua dan sememangnya kepunyaan masyarakat Melayu.
Hal ini dikatakan demikian kerana sebelum masyarakat          Pantun yang baik juga
Melayu mahir dalam penggunaan surat, mereka dahulunya         bukan hanya mempunyai
telah mahir berpantun dan sudah terbiasa saling berbalas      rima akhir yang tepat, malah
pantun.                                                       rima awal dan juga rima
	 Kini, pantun mulai tersebar luas melalui pelbagai           tengah. Pantun berfokus
medium. Pantun diangkat ke pertandingan dari peringkat        kepada aspek dan isi (tema
sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Pantun juga           dan persoalan) yang sering
sering diselitkan dalam lirik lagu genre irama asli dan       dikaitkan dengan seisi
dalam majlis rasmi dan tidak rasmi. Menariknya, terdapat      kehidupan masyarakat.
laman web khas yang memfokuskan penghasilan pantun.
	 Menurut Zurinah Hassan dalam “Bahasa dalam              	 Penggunaan pantun mempunyai pelbagai maksud
Pantun dan Panduan Menulis Pantun”, penulisan pantun      dan tujuan, antaranya termasuklah untuk menzahirkan
yang baik merangkumi beberapa ciri, iaitu mempunyai       penghargaan dan terima kasih. Sebagai contohnya,
pembayang dan maksud serta mempunyai rima a-b-a-b.        penggunaannya diperlihatkan dalam majlis rasmi. Pantun
Selain itu, pantun mengandungi antara lapan hingga 12     diungkapkan sebagai pembuka bicara sama ada sebelum
suku kata pada satu baris. Pantun yang baik juga bukan    ataupun selepas salutasi kepada tetamu. Pantun juga
hanya mempunyai rima akhir yang tepat, malah rima awal    digunakan sebagai penutup bicara untuk menzahirkan
dan juga rima tengah. Pantun berfokus kepada aspek dan    penghargaan dan terima kasih kepada tetamu yang hadir.
isi (tema dan persoalan) yang sering dikaitkan dengan     	 Selain itu, pantun juga digunakan bagi tujuan adat
seisi kehidupan masyarakat.                               istiadat. Pantun adat bukan sahaja digunakan pada
	 Pantun yang indah sering kali menjadikan rujukan        zaman dahulu, malah pantun ini terus digunakan hingga
alam sebagai pembayang. Sekiranya seseorang penulis       kini. Penggunaan pantun adat berperanan penting
pantun ingin menggunakan rujukan alam, dia seharuslah     dalam mendidik generasi sekarang berkaitan adat
mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan alam agar       dan menyampaikan nasihat kepada generasi muda.
dapat menyampaikan gambaran dan makna yang jelas          Sebagai contohnya, pantun yang berkaitan dengan adat
dan tepat.                                                perkahwinan masyarakat Melayu seperti
	 Penggunaan gaya bahasa juga turut mempengaruhi          merisik dan meminang. Adat merisik
dalam penghasilan pantun. Hal ini demikian kerana gaya    penting untuk menentukan
bahasa yang digunakan dapat menyampaikan pemikiran        bahawa gadis yang
penulis terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya,
menyampaikan ekspresi marah dengan menggunakan
perlambangan yang sesuai dan berkaitan.
	 Gaya bahasa dalam pantun diperlihatkan dalam
penggunaan metafora dan simile, iaitu menyamakan
sesuatu dengan sesuatu yang lain; penggunaan
hiperbola, iaitu penyataan perasan secara berlebihan
dan penggunaan personafikasi, iaitu sesuatu objek yang
diberikan perlakuan seperti manusia. Sebagai contohnya,
“bintang teresak, bulan menangis”. Gaya bahasa dalam
pantun turut diperlihatkan dalam penggunaan bahasa
kiasan yang sinonim dengan masyarakat

Melayu.

							                                                   		  BIL. 6 2020 61
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68