Page 66 - Dewan Bahasa 6 2020
P. 66

PETIKAN BAHASA

     “Sajak tersebut digarap dengan pemilihan kata yang mengandungi
    kekuatan dan makna tersendiri. Masyarakat Malaysia sudah terkenal
  dengan elemen kemajmukan. Pemilihan kata yang sesuai dan akhirnya
     tercetus satu idea, iaitu merujuk patriotik dan bersatu padu, maka
  perkataan ‘nasionalisme’ dipilih. Kemudian, melihat semangat pelbagai
     kaum yang timbul dalam kalangan rakyat Malaysia, maka saya fikir
   sesuatu sedang membara dan membakar. Jadi, akhirnya tercetus idea

           untuk menggunakan (perkataan) ‘obor nasionalisme’.”

                    Teo Wei Sing,

                         Guru Sastera di Sekolah Menengah Tanah Puteh,
            “Cikgu Sastera kongsi maksud tersirat di sebalik sajak khas untuk

                                               Dr. Noor Hisham”.
                                        (Astro Awani, 22 April 2020).

                                               “Majoriti orang pekak kurang menguasai bahasa lisan dan tulisan
                                            seperti bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris dengan baik, maka mereka

                                                   menghadapi kesukaran untuk memahami mesej teks yang
                                                                        tinggi bahasanya.”

                                          Amir Hamidi Abdul Manan,

                                                                     Timbalan Presiden Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak,
                                                                          “COVID-19: Video pendek bahasa isyarat untuk cacat pendengaran”.
                                                                                                        (Astro Awani, 14 April 2020).

  “Sepanjang tempoh seluruh negara menghadapi ancaman COVID-19,
   kita wajar mengambil iktibar bahawa nikmat mulut yang kita terima
   ini dijaga secara penuh tanggungjawab. Kita mungkin mampu untuk
   menjaga mulut secara fizikal seperti memakai topeng mulut, namun
    dalam masa yang sama, perlu diingat bahawa fungsi mulut secara
   tersirat juga perlu dipelihara daripada menjadi punca kerosakan dan
    kekeliruan dalam masyarakat. Bak kata peribahasa Melayu, ‘kerana

                           mulut, badan binasa’.”

            Profesor Dr. Azman Che Mat,

        Ketua Pusat Pengajian Akademi Pengajian Bahasa dan Undang-Undang,
                     Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Terengganu,
                                     “Jaga mulut badan tak binasa”.
                                       (Harian Metro, 2 April 2020).

64 			 BIL. 6 2020
   61   62   63   64   65   66   67   68