Page 33 - Dewan Bahasa Julai 2020
P. 33

CERPEN

yang lain, seorang pengurus projek yang memang
membaca Movie News.’ Lelaki itu ingat semula. Menerusi
bacaan ratusan Movie News bermula ketika menjadi
pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima, pertama,
dia boleh melukis potret beberapa pelakon Hollywood,
antaranya termasuklah Brad Harris dan Johny Weismuller
yang selalu menghidupkan watak Tarzan dalam filem.
	 Kedua, dia mengetahui banyak fakta filem. Membaca
majalah berbahasa Melayu, khususnya Dewan Bahasa
yang waktu itu A.Karim Abdullah (Bung Karim) menjadi
editornya, dan Dewan Masyarakat itu satu kemestian
demi mempertingkat mutu penguasaan bahasa Melayu.
	 Katanya lagi kepada peserta, disedarinya bahawa
dirinya tidak menghadiri sebarang kursus mengenai
Bahasa Melayu dan Sastera Melayu. Namun, dia amat
bersyukur, katanya. Berkat pembacaan yang melampau,
dia diterima sebagai seorang daripada pengarang buku
untuk bacaan remaja. Antara bukunya termasuklah
Masjid Indah di Angkasa dan Anak Wawasan, novel dan
antologi cerpen remaja, Semut-semut. Juga katanya,
dua tahun belakangan, akhbar Watan, Berita Minggu,
Utusan Zaman, dan Mingguan Malaysia telah menyiarkan
50 buah puisi, 20 buah cerpen dan 25 buah esei. Dia
tidak bangga pun, tetapi katanya, dia bersyukur sebab
Allah SWT memberikan ruang masa agar dia berbakti
kepada anak bangsa sendiri.
	 “Tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati Allah SWT, saya
yakin pada tahap ilmu yaqeen bahawa semua manusia
yang berakal menyedari tiga perkara, iaitu pertama, semua
manusia hidup dan kemudiannya mati. Kedua, manusia
bebas memilih apa-apa yang dia mahu lakukan ketika
hidup. Ketiga, setiap aksi atau pelakuan, malah bisikan
hati hatta sesuatu yang difikirkan, Allah SWT amat tahu.
Manusia Islam pun tahu bahawa Allah SWT meletakkan

    Lelaki itu bercerita bahawa                            dua malaikat di bahu kanan. Namanya, Raqid dan di bahu
  dirinya amat meminati subjek
                                                           kiri, Atid pada setiap manusia. Malaikat ini ialah robot
    Lukisan dan bapanya tidak
menghalang. Namun begitu, kata                             perakam aksi, bisikan hati dan gerak akal.”

  Lelaki itu, demi menghormati                             	 “Disebabkan adanya mahkamah Rabbuljalil
bapa, dia menguasai tiga subjek
 yang disebut oleh bapa. Tanpa                             pada akhirat kelak, dan semua manusia dibicarakan

   disedarinya, dia lemah dalam                            perihal pelakuan ketika hidup, kita yang amat takut
       subjek Bahasa Melayu.
                                                           kepada api dan kesemua kesakitan

                                                           ini memiliki akal untuk memilih

                                                           hanya pelakuan suci dan

                                                           mulia. Maafkan saya dari

                                                           hujung rambut hingga

                                                           hujung kaki andai         Jika anda berminat menulis cerpen,

                                                           kata ada kesalahan

                                                           saya yang menjadi                sila e-melkan cerpen karya asli

                                                           dosa kepada saya.                anda yang bertemakan
                                                           Wabillahi taufik              kebahasaan dan komunikasi
                                                           walhidayah wth,           kepada Sidang Editor Dewan Bahasa .
                                                           ” ucap Lelaki itu. DB

							                                                    		                                BIL. 7 2020 31
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38