Page 37 - Dewan Bahasa Julai 2020
P. 37

TEMU BUAL BAHASA“

                                                               “ Oleh hal yang

                                                                demikian, sebagai
                                                               rakyat Malaysia saya
                                                                ingin menonjolkan

                                                                  bahasa Melayu
                                                                  sebagai bahasa
                                                                kebangsaan. Pada
                                                                 masa yang sama,
                                                               satu Malaysia dapat
                                                                  memahaminya.

SP	 : 	 Sejak zaman persekolahan, saya memang suka             DB		 : 	 M e n g a p a k a h p u a n m e m i l i h u n t u k
              akan subjek Bahasa Melayu. Saya mendapat         			 menggunakan bahasa kebangsaan dalam
              5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah          			 “Sugu Pavithra” video memasak puan,
              termasuklah subjek Bahasa Melayu. Namun          			 bukannya bahasa Tamil yang lebih dekat
              begitu, disebabkan kesusahan hidup sejak         			 dengan puan atau bahasa Inggeris yang
              kecil, saya terpaksa menamatkan persekohan       			 bernilai komersial dan bersifat antarabangsa?
              di tingkatan empat sahaja untuk membantu
              meringankan beban bapa saya yang bekerja         SP	 : 	 S a y a b e r p e n d a p a t b a h a w a j i k a s a y a
              sebagai buruh binaan.                                          menggunakan bahasa Tamil dalam video saya,
                                                                             dalam konteks Malaysia, mungkin hanya kaum
  				 Selepas tamat persekolahan, memasuki                                  India sahaja yang lebih memahaminya. Khalayak
              alam pekerjaan, saya bekerja sebagai                           juga agak terhad. Jika saya menggunakan
              operator pengeluaran di sebuah kilang. Saya                    bahasa Inggeris pula, sememangnya khalayak
              dikelilingi oleh banyak kawan dan rakan sekerja                YouTube yang menontonnya lebih luas kerana
              berbangsa Melayu. Saya fasih berbahasa                         bahasa Inggeris bersifat antarabangsa. Akan
              Melayu hasil pergaulan sehari-hari saya dengan                 tetapi, saya tidak fasih berbahasa Inggeris. Oleh
              mereka.                                                        hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia,
                                                                             saya ingin menonjolkan bahasa Melayu sebagai
   				 Selain itu, saya suka membaca akhbar                                 bahasa kebangsaan. Pada masa yang sama,
              berbahasa kebangsaan dan mendengar siaran                      satu Malaysia dapat memahaminya.
              berita di televisyen dan radio. Mungkin faktor
              tersebutlah yang sedikit sebanyak mencorakkan
              komunikasi saya dalam bahasa kebangsaan.

							                                                        		  BIL. 7 2020 35
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42