Page 66 - Dewan Bahasa Julai 2020
P. 66

PETIKAN BAHASA

   “Bahasa Melayu satu-satunya bahasa penyatuan rakyat Malaysia, yang
  sepatutnya difahami oleh semua untuk mengelakkan salah faham yang
 mungkin berlaku dalam masyarakat berbilang kaum. Boleh juga diertikan
 sebagai bahasa kasih sayang. Dapat memastikan setiap rakyat memahami
   mesej yang hendak disampaikan oleh pihak berwajib dengan mudah.
   Selain itu, berupaya untuk diperkasakan sebagai bahasa ilmu, bahasa
  perdagangan, bahasa perundingan, bahasa undang-undang dan bahasa

       teknologi. Sebagaimana bahasa ini pernah berperanan seperti
     lingua franca sebelum kedatangan penjajah ke alam Nusantara.”

              Datuk Dr. Awang Sariyan,

                Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka.
                                            “Bahasa Jiwa Bangsa”.

                                      (Harakah Daily, 28 Mei 2020).

                                               “Jika al-Quran diterjemahkan kepada bahasa lain, terjemahan itu tidak
                                                  seharusnya secara harfiah, sebaliknya menggunakan pendekatan

                                             al-tarjamah al-tafsiriyah, iaitu penterjemahan secara pentafsiran supaya
                                                 maknanya tidak tersasar. Begitu juga apabila membaca kitab tafsir
                                                 bahasa Arab, apabila ingin dihuraikan ke bahasa Melayu misalnya,

                                               mestilah selari dengan “suasana” dan “iklim” penggunaan bahasa Arab
                                                                              itu sendiri.”

                                    Dr. Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi,
                                                                                            Pensyarah, Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah,
                                                                                       Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
                                                                                                 “Memahami al-Quran secara kontekstual”.
                                                                                                         (BHONLINE, 21 Mei 2020).

 “Sebuah negara bangsa yang direncamkan oleh pelbagai suku, kaum, ras,
dan etnik perlu memiliki satu nilai sepunya sebagai alat ideologinya. Oleh

   itu, sastera berbahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai asas sastera
    kebangsaan, manakala karya berbahasa lain dikenali sebagai sastera
  etnik. Nilai fungsi ideologikalnya adalah sebagai wahana pembentukan
  perpaduan nasional. Kesusasteraan kebangsaan yang berpaksikan satu
nilai sepunya, iaitu bahasa Melayu, disifatkan mempunyai pengaruh untuk

        mewujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum.”

           Dr. Mohamad Saleeh Rahamad,

                Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi,
                                               Universiti Malaya.

                                  “Nasib Dasar Sastera Kebangsaan”.
                                       (Sinar Harian, 17 Mei 2020).

64 			 BIL. 7 2020
   61   62   63   64   65   66   67   68