Page 5 - Dewan Bahasa Ogos 2020
P. 5

BBicara ahasa

             Citra Jiwa Merdeka

             Salam hormat pembaca Dewan Bahasa (DB) yang                                                                                                        Melayu II, dan Pelita Bahasa Melayu III yang memberikan
                       budiman. Kita bertemu lagi dalam keluaran Ogos.                                                                                          garis panduan tentang struktur Bahasa Melayu moden. Beliau
                       Ogos, bulan istimewa dan bermakna kepada seluruh                                                                                         yang menguasai bahasa Arab dan Belanda dianugerahkan
                       rakyat Malaysia. Ogos–bulan patriotik, bulan kita                                                                                        gelaran “Pendeta” dalam Kongres Bahasa dan Persuratan
              menyambut hari kebangsaan yang jatuh pada 31 hari bulan.                                                                                          Melayu Ketiga pada tahun 1956 di Johor Bahru, dan
              Dan, pada 31 Ogos 2020 ini, kita menyambut hari kebangsaan                                                                                        dianugerahkan gelaran doktor persuratan dari Universiti
              M	yaenrgdDekBkea-O”6.3g“M.oser2d0e2k0a”mmeennguerutet nKgaamhkuasnDetewmaan E“Bdaishi aKseaemJipwaat                                              Malaya pada tahun 1959.
              ialah bebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan, dan                                                                                          	 Profesor Diraja Ungku Aziz yang dilahirkan pada
              lain-lain), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri                                                                                   tahun 1922 ini dilantik menjadi Pengarah, Balai Pustaka
              	tidakKbuelirtgDanBtuOnggopsadmaeynaanmgplialkina.n wajah lima orang lelaki                                                                       (kemudiannya, dikenali sebagai Dewan Bahasa dan
              istimewa; tokoh cendekiawan ulung, pejuang bahasa                                                                                                 Pustaka (DBP)) yang pertama. Beliau yang ketika itu
              yang berpengaruh dan relevan dalam sejarah bahasa                                                                                                 merupakan pensyarah dan aktivis bahasa yang menguasai
              dan persuratan tanah air. Bermula dari kanan (mengikut                                                                                            bahasa Melayu, Inggeris, Arab, Parsi, dan Sanskrit menjadi
              arah lawan jam), Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi                                                                                                  Pengarah Balai Pustaka (1956 – 1957) yang ditubuhkan pada
              (Munsyi Abdullah), Zainal Abidin bin Ahmad (Za‘ba), Ungku                                                                                         22 Jun 1956 hasil resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan
              Abdul Aziz bin Ungku Abd Hamid (Profesor Diraja Ungku                                                                                             Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura dan Johor Bahru.
              Aziz), Syed Nasir bin Syed Ismail (Tun Syed Nasir), dan                                                                                           	 Tun Syed Nasir (7 Mac 1921 – 16 Mac 1982) merupakan
              Hassan bin Ahmad (Datuk Dr.).                                                                                                                     Pengarah DBP kedua (1957–1969). Beliau digelar “Panglima
              	 Dalam halaman yang terbatas ini, saya ingin berkongsi                                                                                           Bahasa” oleh cendekiawan Melayu selepas Peristiwa Keranda
              secara ringkas beberapa fakta menarik yang dikutip daripada                                                                                       152 di DBP pada tahun 1967. Tun Syed Nasir merupakan
              pembacaan saya tentang pemikiran, sumbangan dan                                                                                                   seorang pemimpin yang tegas dan pejuang bahasa yang
              pencapaian gemilang para pejuang bahasa yang istimewa                                                                                             gigih memartabatkan bahasa Melayu dengan menyuarakan
              ini, merangkumi era kolonial, pramerdeka dan pascamerdeka.                                                                                        aspirasi rakyat yang berbangga dengan bahasa Melayu untuk
              Selebihnya, para pembaca disarankan menggali dan                                                                                                  dijadikan sebagai satu daripada dasar perpaduan rakyat dan
              menyelidik.                                                                                                                                       identiti negara. Beliau juga lantang dan berani mengecam
              	 Munsyi Abdullah (1796–1894), jurutulis dokumen                                                                                                  pihak-pihak yang enggan menggunakan bahasa Melayu
              Stamford Raffles yang dianggap “Bapa Kesusasteraan Melayu                                                                                         dalam urusan rasmi, dokumen rasmi dan urusan sehari-hari.
              Moden” ini banyak mengetengahkan karya yang menyentuh                                                                                             Menurut Tun Syed Nasir, perjuangan memartabatkan bahasa
              etika penggunaan bahasa, budaya dan kritikan. Abdullah                                                                                            Melayu sama sukar dan penting seperti perjuangan menuntut
              menekankan peri pentingnya penulisan buku nahu bahasa                                                                                             kemerdekaan.
              Melayu apabila melihat nahu sesuatu bahasa yang dikaji                                                                                            	 Datuk Dr. Hassan Ahmad (8 Disember, 1936 – 31 Ogos, 2011)
              oleh orang asing tidak dapat menyelesaikan masalah bahasa                                                                                         merupakan Ketua Pengarah DBP yang kelima
              secara menyeluruh. Menurut Abdullah, nahu bahasa Melayu                                                                                           (1976–1988). Beliau yang pernah menjadi Presiden Persatuan
              yang ditulis oleh orang asing merupakan pengubahsuaian                                                                                            Bahasa Melayu, Universiti Malaya (1961–1962) merupakan
              nahu bahasa mereka yang dipaksakan ke dalam bahasa                                                                                                anak Melayu pertama yang dianugerahkan ijazah kedoktoran
              Melayu.                                                                                                                                           Sains Sosial dari Universiti Leiden, Belanda kerana giat
              	 Tan Sri Dr. Za‘ba (16 September, 1895 – 23 Oktober, 1973)                                                                                       memperjuangkan dan mengukuhkan penggunaan bahasa
              digelar “Raja Bahasa Melayu Moden” merupakan cendekiawan                                                                                          Melayu melalui peranan beliau sebagai pengerusi Majlis
              MpyaaendngagmahreaanrnijgaindMii temulaleaynlaug,lubPieebllaiutkakauBnagtahptaaesbnaagMhguaenslaaayaubneIB,liaPahuea,listiaaaiBMtuaehIllaamsyauu  Bahasa Melayu yang melibatkan negara-negara di rantau
                                                                                                                                                                oAMfsaiMala.ayBlsaeiaylisakiueanyUaNBnogEoSdkiClaWOntodikrilmPdaedrniasjanpdemi DrenunatheardBimiegasealAarrndTauhngeeWrGaaohkdilTfTaoetkhtoaephr
                                                                                                                                                                Pembangunan Buku Negara pada tahun 2005.
                                                                                                                                                                b	 ahaDseamteikrpiailinhlayhankgumtipeannghfaiakstiakumliteDnaBriOkgtoesnt2a0n2g0.pBeajuhaansga
                                                                                                                                                                Jiwa Merdeka, Bangsa yang Merdeka!

                                    Apabila                                                                                                                     Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-63.
                              anda mengirimkan                                                                                                                   “Kuat lilit kerana simpulnya”.
                       sebarang tulisan, sila catatkan
                      nama sebenar (di samping nama                                                                                                                            Ritah Yahaya .
                  pena, jika ada), nombor kad pengenalan,
                 alamat, nombor telefon dan nombor akaun
               bank. Tanpa maklumat ini, tulisan yang dikirim
              kepada kami tidak akan disiarkan. Sila nyatakan
                  sama ada makalah yang dihantar kepada
             Dewan Bahasa juga dihantar kepada penerbit lain.
                    Sila alamatkan tulisan anda kepada:
                           Editor Dewan Bahasa,
                         Bahagian Majalah, Aras 20,
                   Menara Dewan Bahasa dan Pustaka,
                              Peti Surat 10803,
                            50926 Kuala Lumpur.

											  							                                                                                                                                            		  BIL. 8 2020 3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10