Page 64 - Dewan Bahasa Ogos 2020
P. 64

BAHASA DAN PERISTILAHAN

	 Menyalai ialah proses                                                                   	 Kaedah menyembam juga boleh
                                                                                          dilakukan diluar rumah, misalnya,
yang hampir sama dengan                                                                   petani yang membersihkan
                                                                                          kebun akan membakar daun
memanggang. Ketika                                                                        kayu, tunggul dan rumput. Ketika
                                                                                          bara dan abu masih panas
memanggang makanan                                                                        mereka akan membenamkan
                                                                                          atau menyembamkan makanan
didekatkan dengan api, tetapi                                                             tersebut dan membalik-
                                                                                          balikkannya agar makanan
ketika menyalai makanan                                                                   tersebut masak sekata.

tersebut dijarakkan sedikit.                                                                  Menurut KDEK, menggoreng
                                                          bermaksud memasak dengan menggunakan minyak.
Tujuan menyalai adalah untuk                              Namun begitu, mengoreng boleh dilakukan dengan dua
                                                          cara, iaitu sama ada menggunakan minyak ataupun tanpa
mengeringkan makanan tersebut                             minyak. Menggoreng dilakukan dengan cara memanaskan
                                                          minyak ke dalam kuali dan memasukkan bahan yang
dan menjadikan makanan itu                                hendak digoreng. Sebagai contohnya, ikan, ayam, daging,
                                                          sayur, pisang, keledek, keropok, dan sebagainya.
tahan lebih lama.              Merendang.                 	 Selain itu, kata menyangai, menyanya, menyangrai,
                                                          dan merendang ialah kaedah mengoreng tanpa
	 Menyalai ialah kaedah                                   menggunakan minyak. Sebagai contohnya, kacang tanah
                                                          untuk dibuat sambal, kelapa untuk dijadikan kerisek, beras
tradisonal untuk mengawet makanan. Antara makanan         untuk dibuat pekasam dan kacang hijau untuk memasak
                                                          bubur.
yang disalai termasuklah daging, ikan, itik, dan pisang.  	 Merendang juga bermaksud memasak ayam atau
                                                          daging yang dibubuh bawang, cili, halia, kunyit, kerisik dan
Menyalai memerlukan asap yang banyak supaya makanan       santan. Kaedah mengoreng tanpa minyak ini menjadikan
                                                          menjadikan makanan yang dimasak lebih sedap.
yang disalai cepat kering. Menyalai juga sinonim dengan   	 Kini, aktiviti memasak menjadi lebih mudah dan
                                                          menjimatkan masa dengan adanya bantuan peralatan
melayur, mengasapi, mendiang, dan mengganggang.           memasak moden yang memenuhi citarasa pengguna.
                                                          Dengan hanya menekan butang masak (cook) pada
	 Melayur biasanya digunakan untuk ayam, mengkuang,       peralatan masak yang moden, makanan akan siap
                                                          dimasak dalam tempoh yang ditetapkan dan sedia untuk
daun pisang, dan lain-lain lagi. Ayam dilayur untuk       dihidangkan.
                                                          	 Aktiviti membakar, menggoreng, dan merebus tidak
membuang bulu-bulu ayam yang masih terlekat pada          lagi menggunakan cara tradisional yang mengambil masa
                                                          yang lama untuk memasak makanan. Kaedah ini digantikan
badan ayam. Bagi daun pisang, pandan dan mengkuang        dengan peralatan memasak cara moden seperti ketuhar
                                                          gelombang mikro untuk membakar dan memanggang.
tujuan melayur adalah untuk melembutkannya supaya         	 Pengoreng kering (air fryer) digunakan untuk
                                                          mengoreng makanan tanpa minyak dengan menggunakan
tidak mudah koyak, senang dibentuk, tidak mudah patah,    kaedah perolakan udara panas. Periuk elektrik dan periuk
                                                          tekanan tinggi (pressure cooker) untuk memasak nasi,
dan daun tersebut akan tahan lebih lama.                  mereneh dan mengukus.
                                                          	 Proses memasak air tidak lagi sesukar dahulu. Hal
	 Mengasapi bukan sahaja digunakan untuk menjadikan       ini demikian kerana air tidak lagi perlu melalui kaedah
                                                          menjerang, merebus ataupun memasak dengan adanya
makanan bertahan lebih lama, tetapi boleh digunakan       mesin penapis air yang menyediakan air panas, air sejuk
                                                          dan air suhu biasa yang boleh digunakan pada bila-bila
untuk mengeringkan getah keping. Getah yang disalai atau  masa sahaja.
                                                          	 Sesungguhnya, bahasa Melayu begitu kaya dengan
diasapi akan menjadi lebih ringan dan senang diangkut     kosa kata yang seharusnya menjadi kebanggaan kita.
                                                          Namun begitu, kosa kata tradisional berkaitan cara
untuk dijual. Begitu juga dengan kata mendiang dan        memasak kini sudah dilupakan oleh generasi muda pada
                                                          hari ini. DB
mengganggang bukan sahaja digunakan untuk memasak

makanan.

	 Mendiang dan mengganggang digunakan untuk

wanita lepas bersalin bagi menghangatkan badannya,

mempercepat pengurangan darah nifas dan mengecutkan

rahim. Caranya adalah dengan duduk di atas tempat

yang agak tinggi dan di bawahnya terdapat bara untuk

memanaskan badan. Konsepnya hampir sama dengan

menyalai.

	Kata menyembam biasanya dikaitkan dengan

perbuatan seperti jatuh tersungkur ke depan dengan

muka tertumus ke tanah. Namun begitu, maksud lain

bagi kata menyembam, bembam dan tambus ialah cara

memasak dengan menggunakan abu panas ataupun bara

api. Biasanya makanan yang dimasak menggunakan

kaedah menyembam ialah makanan yang berkulit seperti

ubi kayu, terung dan pisang.

	 Kaedah memasak secara tradisional menggunakan

kayu api dan dapur kayu. Apabila menggunakan kayu

api, maka akan terhasillah bara dan abu. Bara dan abu

yang masih panas digunakan untuk memasak ubi kayu,

terung atau pisang dengan cara memasukkannya ke dalam

bara api atau abu panas tersebut mengikut tempoh masa

tertentu. Biasanya memasak cara ini mengambil masa

10 hingga 20 minit bergantung pada jenis makanan yang

dibembam.

62 			 BIL. 8 2020
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68