Page 16 - Dewan Bahasa September 2020
P. 16

BAHASA DAN PENGGUNAAN

men + jarak + kan > menjarakkan                                   Dalam bahasa, jika
me + letak + Kan > meletakkan                                     kekeliruan itu masih
meng + gerak + kan > menggerakkan                                 sukar diatasi meskipun
meng + galak + kan > menggalakkan                                 telah dijelaskan hakikat
                                                                  perbezaan dua patah kata
	 Semua kata itu, sebagai kata kerja transitif (Za‘ba:            itu, perlu dicari sinonim
perbuatan melampau), memerlukan akhiran “kan”. Tidak              bagi kata yang tidak atau
boleh pula kata-kata itu ditulis dengan menggunakan               belum lazim itu.
imbuhan “me-...-an” kerana imbuhan itu tidak ada dalam
bahasa Melayu. Maka, ejaan seperti yang berikut adalah      	 Dalam pola itulah kata “memenjarakan” terbentuk
salah:                                                      menjadi kata kerja perintah “penjarakan” yang bererti
                                                            “arahan agar seseorang dipenjarakan”, yang lain daripada
menjarakan 	   (Salah)                                      kata nama “penjarakan” bagi padanan distancing. Sekali
meletakan 	    (Salah)                                      lagi, saya jelaskan bahawa kekeliruan atau kesamaran
menggerakan 	  (Salah)                                      timbul disebabkan ejaan dan sebutan dua patah kata itu
menggalakan 	  (Salah)                                      sama, dengan golongan kata dan makna yang berlainan.
                                                            	 Dalam bahasa, jika kekeliruan itu masih sukar diatasi
	 Seterusnya, perlu difahami bahawa tidak ada rumus         meskipun telah dijelaskan hakikat perbezaan dua patah
tatabahasa “dua k”. Kejadian dua “k” hanya disebabkan       kata itu, perlu dicari sinonim bagi kata yang tidak atau
kata dasarnya berakhir dengan huruf “k”, dan kata kerja     belum lazim itu. Maka, boleh digunakan kata majmuk
lain jelas tidak memerlukan dua “k”, seperti yang berikut:  “pembatasan sosial” kerana “membataskan” sama ertinya
                                                            dengan kata “mengehadkan” dan “menjarakkan”.
me + lepas + kan > melepaskan                               	 Huraian ini merupakan satu contoh tentang
men + jaya + kan > menjayakan                               pentingnya golongan kata yang perlu dikuasai dengan
me + luah + kan > meluahkan                                 baik, khususnya oleh pendidik. Tanpa penguasaan yang
                                                            baik, sukar bagi pendidik menjelaskan penggunaan kata
	 Semua kata kerja transitif berawalan “me-” mengalami      yang betul, seperti penggunaan imbuhan, kedudukan
pengguguran awalan itu apabila kata itu digunakan dalam     kata dalam ayat dan makna kata yang tepat. Barangkali,
ayat perintah. Contohnya:                                   ada pembaca tulisan ini yang berasa penat (fikirannya)
                                                            kerana perlu menghadamkan lunas bahasa yang menjadi
1. 	 Jarakkan kereta anda daripada lori.                    asas penggunaan bahasa. Untuk mendalami ilmu (dalam
2.	 Letakkan semula buku yang telah dibaca                  bidang apa-apa sekalipun), kesabaran, kesungguhan
		 di rak.                                                  dan kesediaan diperlukan untuk terus belajar (membaca,
3. 	 Gerakkan projek itu dengan berstrategi.                berbincang, menaakul). DB
4. 	 Galakkan anak-anak membaca bahan bacaan
		 yang baik.
5. 	 Lepaskan burung itu.
6. 	 Jayakan kempen membaca.
7. 	 Luahkan perasaan dengan tenang.

Penjarakan Sosial

                                                            Profesor Datuk Dr. Haji Awang Sariyan ialah Pengerusi
                                                            Lembaga Pengelola ,Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
                                                            mulai 22 Mei 2020 hingga 22 Mei 2023. Beliau juga
                                                            merupakan mantan Ketua Pengarah, DBP (2012–2016).
                                                            Beliau dilantik sebagai Penyandang Kursi Za‘ba, Institut
                                                            Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
                                                            Tanjung Malim (mulai 1 Julai 2019 hingga 2021).

14 			 BIL. 9 2020
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21