Page 60 - Dewan Bahasa September 2020
P. 60

BAHASA DAN PENGEMBANGAN                                                                 Kesannya, sebahagian besar
                                                                                    karya agung berbahasa Melayu
	 Kajian mendapati peminjaman daripada bahasa lain                                  menggunakan tulisan Jawi seperti
mempunyai penutur dwibahasa yang fasih dalam bahasa                                 yang terdapat pada manuskrip
asal dan bahasa yang dipinjam. Penutur dwibahasa                                    Melayu lama yang masih tersimpan
berkemungkinan sedar tentang kewujudan kosa kata                                    di Universiti Leidin, British Library,
asing dalam bahasa asalnya. Namun, dalam jangka                                     Perpustakaan Negara Malaysia,
waktu yang lama, kesedaran tersebut semakin hilang                                  Perpustakaan Dewan Bahasa dan
atas sebab penutur aktif dwibahasa semakin berkurangan                              Pustaka Malaysia, dan di perpustakaan
dan penggunaan kata pinjaman tersebar dalam kalangan                                lain di seluruh dunia.
penutur satu bahasa. Sebagai contohnya, ketidaksedaran
ini juga terjadi terhadap kosa kata pinjaman bahasa Arab                                 Hal ini jelas menunjukkan bahawa
dalam bahasa Melayu apabila sesetengah kata pinjaman                                begitu pengaruh Arab begitu kuat
bahasa Arab yang telah lama dipinjamkan kepada bahasa                               dalam bahasa Melayu selepas
Melayu seperti kata jiran, tadbir dan mayat yang dianggap                           kemasukan dan penerimaan
kosa kata bahasa Melayu.                                                            masyarakat Melayu terhadap agama
	 Kosa kata asing yang dipinjamkan ke dalam bahasa                                  Islam. Bukan sahaja dipengaruhi oleh
Melayu mengalami perubahan dari segi morfologi,                                     bahasa, tetapi budaya intelektual
penyempitan dan perluasan makna, fonologi dan sistem       dalam agama Islam yang berasal dari tanah Arab itu
ejaan. Perubahan sebutan dan ejaan kosa kata asing         turut dipengaruhi.
yang diserap ke dalam bahasa Melayu menyebabkan            	 Tulisan Jawi digunakan untuk menggantikan tulisan
kekeliruan identiti asal usul kosa kata sama ada kosa      Pallava yang lebih dahulu digunakan oleh masyarakat
kata asing atau kosa kata asli bahasa Melayu.              Melayu kerana kerelevanannya dengan agama baharu,
	 Bukti prasasti Terengganu bertarikh 702H/1303            iaitu agama Islam yang dianuti oleh masyarakat Melayu.
merupakan bukti bertulis bahawa bahasa dan tulisan         Zaman ini juga merupakan zaman keagungan intelektual
Arab diserap dan dijadikan tulisan Melayu. Terdapat        Melayu yang diasaskan daripada pengaruh Arab melalui
banyak tulisan Jawi yang diguna pakai dalam bahasa         tulisan Jawi.
Melayu. Sebelum itu, tulisan yang diguna pakai untuk       	 Tulisan Jawi sebenarnya telah mengalami beberapa
bahasa Melayu ialah tulisan Pallava. Orang Melayu mula     transfromasi. Pertama, penambahan beberapa huruf
menggunakan tulisan Jawi setelah orang Melayu memeluk      baharu untuk melambangkan fonem Melayu yang tidak
agama Islam.                                               terdapat dalam aksara bahasa Arab dan juga fonem asing
	 Pada zaman peralihan daripada agama Hindu kepada         yang telah ada dalam bahasa Melayu hasil penyerapan
agama Islam, tulisan Pallava dan Jawi digunakan seperti    daripada bahasa asing, terutama bahasa Sanskrit
yang terdapat pada prasasti Minye Tujuh, Aceh (1380)       ke dalam bahasa Melayu.
dan di Makam Syeikh Ahmad Majnun di Linggi, Negeri         	 Kesimpulannya, penyerapan bahasa Arab ke dalam
Sembilan (1467). Akan tetapi, selepas itu tulisan Jawi     bahasa Melayu telah melalui pelbagai sorotan. Namun,
digunakan terus tanpa menggunakan tulisan Pallava lagi.    kemasukan bahasa Arab telah disambut baik dalam
                                                           kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam.
                                                           Malah, telah berlaku penyerapan kosa kata Arab yang
                                                           baharu untuk bahasa Melayu.
                                                           	 Pada peralihan Hindu ke Islam, berlaku percampuran
                                                           dalam penggunaan tulisan Pallava dan Jawi dalam sistem
                                                           penulisan orang Melayu, namun begitu dominasi agama
                                                           baharu orang Melayu terus membangkitkan sinergi tulisan
                                                           Jawi dan kosa kata baharu yang diserap ke dalam bahasa
                                                           Melayu.
                                                           	 Peranan tulisan Jawi dan kata serapan daripada
                                                           bahasa Arab tidak boleh dipisahkan dalam hal ini.
                                                           Hal ini demikian kerana bermulanya kemasukan kata Arab
                                                           adalah melalui tulisannya, dan bahasa Arab ialah bahasa
                                                           al-Quran, kitab agung agama Islam. DB

58 			 BIL. 9 2020
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65