Page 10 - Dewan Sastera September 2020
P. 10

MONOLOG KECIL

      Apa-apa pun perkembangan         Kejayaan     serta visi lembaganya. Untuk
baharu dan rintangan di luar          DBP pada      mengisi matlamat besar
seperti pengaruh kepimpinan        zaman awalnya    dalam bidang kreativiti, ilmu
elit (politik dan sosial) yang      dahulu banyak   pengetahuan dan kepustakaan
tidak menentu, DBP perlu terus        dirangsang    berbahasa Melayu, DBP
berpegang keras pada matlamat        oleh gerakan   nampaknya sedang menempuhi
asalnya sambil memberikan hasil       perjuangan    gelora persekitaran yang tidak
perkhidmatan dan pengeluaran        massa di luar   selalu jelas. Kepemimpinan dan
yang tepat serta berfaedah bagi       organisasi,   politik kepartian di Malaysia
khalayak penggunanya.               dan disambut    masih bersaing sengit dengan
                                                    pelbagai strategi dan taktik
DBP bukan badan berkanun                dengan      masing-masing puak sehingga
                                   ketekunan kerja  memberi dampak yang kompleks,
yang berusia setahun jagung.                        terutama apabila unsur-unsur
                                    yang besar di   perkauman masih mempengaruhi
DBP telah berdiri dan membesar       dalam DBP.     kegiatan dan keputusan aktivis
                                                    sosial dan politik.
bersama-sama        kemerdekaan
                                                          Dalam senario rencam dan
negara dalam sejarah susah senang                   pelbagai perubahan di sekeliling,
                                                    DBP masih terus berada dalam
bangsanya. Namun begitu, pada                       pandangan tajam mata patriotik
                                                    bangsanya; dan mereka masih
zaman ini impian hidup, sikap                       yakin bahawa DBP masih berada
                                                    dalam tangan-tangan yang
fikiran dan mentaliti yang sangat                   dipercayai oleh masyarakat
                                                    pendukungnya. DBP telah
berorientasi kepada pencapaian                      membuktikan keupayaan besar
                                                    dengan menerbitkan pelbagai
kebendaan dan kejayaan individu                     judul penerbitan rujukan (kamus-
                                                    kamus penting eka bahasa
semakin mengaburi matlamat                          dan dwibahasa, Ensiklopedia
                                                    Sejarah dan Kebudayaan Melayu,
hala tuju perjuangan kebangsaan.                    terjemahan Ensiklopedia Dunia,

Keikhlasan dan pengorbanan jerih                    Tafsir Mubin [30 juzuk], sejumlah
                                                    jurnal atau majalah bulanan secara
perih bekerja untuk melahirkan                      tekal sejak puluhan tahun, ribuan
                                                    istilah teknikal, ratusan judul
hasil perkhidmatan organisasi                       buku teks, umum dan lain-lain)
                                                    sehingga menjadi satu institusi
yang memenuhi kepentingan                           kebahasaan dan penerbitan yang
                                                    mungkin terbesar serta tekal di
perjuangan kebangsaan boleh                         Asia Tenggara. Hanya barangkali
                                                    sesetengah judul penting ini harus
sahaja luntur akibat mentaliti                      terus relevan dengan cara selepas
                                                    setiap lima tahun memerlukan
kepegawaian yang berorientasi                       edisi semakan baharu yang lebih
                                                    kemas kini.
pada kepentingan individu. Ini
                                                          Teriring doa restu untuk
adalah akses atau keterlanjuran                     Pengerusi serta sekalian pucuk
                                                    pimpinan dan petugas DBP.
sosial yang biasa berkembang,
                                                    Bravo!
terutama dalam kalangan

generasi selepas merdeka yang

saling bersaing hidup dalam

ekonomi yang sudah mewah.

Selain itu, globalisasi dengan

pengaruh budaya pengguna

yang materialistik dan trend

memalingkan pandangan serta

keinsafan generasi baharu

daripada perjuangan susah

generasi ibu bapa kita untuk

keluar daripada kemiskinan,

kemunduran ilmu pengetahuan

moden dan pelbagai kedaifan

sosial lain yang dideritai oleh

generasi zamannya.

Dalam               kehidupan

sedemikian, DBP perlu terus

dipandu oleh matlamat ordinan

Dewan Sastera Bil. 9 2020 | 8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15