Page 2 - Dewan Sastera September 2020
P. 2

PUISI KHAS

Oleh Ahmad Kamal Abdullah - Kemala (Sasterawan Negara)

ENGKAU DARI MANA KORONA CANTIK?

Engkau dari mana Korona cantik?                      Pesona di Semenanjung.
                                                     Kaubius jantung kami. Haru-biru negeri.
Kudengar Wuhan 10 ribu terjerembap.                  Haru-biru. Haru-biru. Haru-biru.
Sekerdip mata. Eropah parah.                         Kaugodam kami, kaugodam politikus nafsu-nafsi.  
Italia jadi padang sasar.
Amerika mengular – menular. Ketahanan rapuh.         Dendam kesumat melumatkan kami. Dendam hitam 	
10 ribu, 20 ribu, 300 ribu mayat murah.              	 jadi pekasam.
Kubur padat. “Campak ke lautlah!”                    Politikus bakup mata, berdegup-degap.
Tukang kubur ketar tangan, nyapu keringat.           Tutuplah pintu dan tingkap. Tidak ada dirgahayu.
“Buat makan paus, yu serakah!”                       Topeng biru, pensanitasi, sabun melulu. Itu kluster
Gelandangan ngumpul kota-kotak.                      	 Empat ribu jemaah tabligh roboh dalam 		
“Who cares, who cares Corona? I wanna                	 jubah putih
	 get my coffee, my bread, this morning..!”          dikerubungi Korona.
Doktor dan jururawat tergeletak di wad. Pandemik.
Historic.                                            Tiga bulan lockdown,
Bulan meletup. Amerika Latin menyambut 		            tangan terpasung, rumah ini penjara.
	COVID-19.
Engkau datang, menyelinap pantas tanpa sekatan di 	  Angin tak berkesiur.
	bandara.                                            Matari lemah.
Engkau serondong. Engkau berondong. Kami alpa.       Remang bulan.
Kami haloba. Kitab suci di mana?                     Aman syahwat di sini. Berahi pun mati.
Adakah di Broadway atau di Central Park, New 		      Zikir, al-Kahfi. Berapa baki umurku ini?
	York?                                               Saraflogi, prostat, jantung mengap, satu-satu.
Godamn you man, di sini tak ada The Phantom          COVID-19 mengendapku. Sudah 79,
America. Di sini                                     esok atau lusa aku mati.
Ada Korona. Bulan patah. Bintang mentah.             COVID-19 bagai rumbia tajam.
Aku tau kaubawa dendam berabad.                      Puisi-puisiku terpajang di langit.
Insan tak bercermin ke kitab suci.                   Korona cantik, engkau menggodaku?
“Ten Commandments itu apa?”
Firaun terbelalak di Laut Merah.                     Aku tau, dendammu dalam diam
Air menghunjam, membungkam tenggorokan.              Tak seindah volley goal Ronaldo, Neymar, Messi.
“Tuhannnnnn … aku Firaun (aku mengaku) aku
hamba-Mu                                             Korona cantik, engkau mencekik.
Aku hanya si dunguu ...”
Musa anakku, di Lembah Suci, Musaaa ...              Kuala Lumpur, Malaysia.
toloongggggg ...”                                    Jun 2020.

Engkau dari mana Korona cantik?
   1   2   3   4   5   6   7